Wednesday, December 26, 2012

entri sapu habuk

krismes hari tu sambut birthday zikri secara tidak rasmi. jadinya korang pernah berdiri sebelah2 dengan bangau lepas tu ko tengok peha ko, lepas tu toleh kanan kiri tengok peha bangau.pernah? pernah rasa macam nak pentes kaki bangau sebab nak tau bole patah ke kaki si bangau ni kalau jatuh. pernah korang tengok aksi bangau comel yang terbang tak tentu hala bila si keeper tiup wisel sana sini. paling kelakar bila tengok aksi bangau tahan paruh dalam air nak tangkap ikan. semua statik tak bergerak.lepas tu ada bangau serupa manusia juga, yang buat dajal tiba2 dia terkehel kaki and langgar kawan2 yang statik. akibatnya banyak yang jatuh bertimpa2....


korang pernah tengok gajah buat projek? hahahhaha 1st time dalam hidup nampak gajah buat projek terang2 depan mata sendiri. elok je si jantan ikot betina dari belakang lepas tu main tarik ekor. haaa lepas tu budak2 kena tutup mata. kahkahkah......elok je ada budak2 yang sangat curious tanya, kenapa ekor dia ada 2? kenapa gajah tu dok belakang gajah lagi satu? kalau aku jadi mak bapak budak tu, tak tahu nak respond ape..hehehhhee....ada gajah yang bajet retiss la sangat, pantang nampak orang die hulurkan belalai nak salam. siap buat aksi berdiri kaki tiga sambil makan2...


jadi kesimpulannya pergilah zoo negara. ada banyak lagi benda best, yang tak pernah terfikir haiwan-haiwan ni punya habit rupanya adalah begitu. mak budak lagi exited dari budak2..

itu sahajalah entri sapu habuk...

dadu~~~~

Monday, November 19, 2012

TERKILAN

Dua puluh haribulan dua belas dua ribu dua belas. tahun ni aku dah 26. tinggal sebulan lebih lagi dah naik lagi 1 angka, 27. jadinya aku rasa pada umur begini sepatutnya adalah kita lebih matang. lebih pandai respect orang lain dan lebih pandai menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. adalah sangat tidak wajar pada umur begini kita masih selfish dan begitu arrogant dengan orang lain dan dunia luar.



mari imbas kembali zaman sekolah rendah. budak2 adalah sangat selfish and cuma tahu isi kepuasan mereka dengan gelak ketawa yang sewenang2nya. dulu masa sekolah rendah kite suka tarik kerusi kawan masa kawan nak duduk. bila kawan jatuh berdubuk kat lantai kite ajak satu kelas gelak ramai2. parti gelak sakan namenya. kita tak tahu sebenarnya tindakan kite tu akan menyebabkan kesan buruk pada kawan kite yang jatuh tu. mungkin tulang bontot pecah, lebam kat bontot jangan kire, buasir kena hempap, kalau die tengah period, mau darah membuak2 keluar macam air terjun. yang budak2 time tu cuma tahu nak bergurau and parti gelak sakan. 



peristiwa lain, ada kawan aku pernah cerita ada kawan dia pernah kena tarik tudung dengan sorang kawan lelaki sampai tudung die tertarik sampai ke leher. so die punye kepala togel cuma ada serkup kepala je. lepas tu dorang gelak sakan berjemaah ajak kawan2 lain sekali. budak2 memang selfish, dorang cuma tahu nak gelak, gelak, gelak. budak2 time tu tak paham apa tu malu? ape tu maruah? ape tu respect?



masa aku belajar kat teknik, aku tak sure teknik aku je ke or teknik lain pon ade budaya macam sekolah aku. dorang suka men'tiang'kan student lelaki. so bila time birthday budak2 laki dah takot. masing2 menyorok taknak kasi kawan2 nampak so dorang tak kena tiang. tahu men'tiang' tu macam mana? mentiang tu dorang angkat kawan dorang ramai2, kangkangkan, and hentam celah kangkang korang tu dekat tiang. so bila dah kena tiang, dorang gelak sakan ramai2 sambil kawan yang sorang lagi tu dah berteleku tahan sakit. aku tak sure la sakit tahap mana, kalau nak tahu korang try la sendiri. tapi dah terang2 amalan tu mendatangkan kesan buruk. tapi dorang buat jugak sebab dorang selfish. 



tapi itu cerita sepuluh and berbelas2 tahun lepas. masa tu kita tak faham maksud sebenar maruah, tanggungjawab and respect. jadi pada umur yang begini adalah begitu tak wajar kalau kita tak faham maruah, tanggungjawab and respect. apetah lagi pada usia menggatal macam ni kita akan galas macam2 lagi tanggungjawab as a suami, isteri, ayah, ibu, ketua dll. masa usia macam ni kita patot tahu wujudnya perkataan maaf yang iklas. 


terkilan. bila ada yang masih bermentaliti macam budak2 berbelas2 tahun yang lepas. terkilan. bila kesusuhan kita dijadikan bahan gelak. terkilan. kawan masih belum matang di usia begini.




Monday, October 29, 2012

dapur berasap!

selamat hari raye haji gays... raya tahun ni kat dalam hospital sebab apak buat botox tiruan jadinya hidungnya mancung ketepi bukan kedepan. so kena lah pegi hospital betolkan balik. oh lama lah jugak bapak dalam hospital, dekat seminggu. katanya major operation and kes emergency. kesian bapak 1st time masuk wad berhari-hari pulak. tapinya bapak degil, tak bagitau kat sedara mara pon, sampai ada yang marah2 bila dapat tau lepas dah operation. salah bapak jugak, kalau taknak bagitau janganlah upload gambar kontroversi kat FB. dunia kat FB kecik aje lah bapak, pi mai pi mai orang tau jugak. hahahhaha


aku sejak dah pindah rumah kelamin aku suka try skill masak2 aku. salah satu sebab aku rajin masak sebab aku tak lalu nak tapau makanan kat area rumah kelamin. sebab kedai2 dia tak nampak menyakinkan. masa ni lah rindu dekat rumah bujang. cakap je nak makan ape, petik jari dapat. rindu nak makan laksa n cendol tepi jalan, wong solo, subway, foodcourt anggerik, tuti fruti. dulu balik keje je boleh singgah jap tapau makanan.sekarang balik keje kene fikir nak masak apa. tukangkebun pon sejak 2-3 menjak ni asyik request aku masak. sobsssss...tapi seronok bila masakan ko ade orang makan sampai licin. nasib baik tukangkebun jenisnya main bedal je. fuhhh...


mula2 aku berkecimpung masak, everytime masak bahan2 kena cukup macam dalam resepi. resepi aku print siap2 dekat ofis. balik keje singgah kedai beli bahan2 sebijik2 macam dalam resepi. oleh itu aku sangatlah membazir.contohnye masak thai green curry kena guna daun selasih, daun ketumbar and bahan2 lain aku akan pastikan semua bahan2 ada baru boleh masak.sampai singgah 5-6 kedai semata2 nak carik daun selasih and  daun ketumbar. 2-3 jam jugaklah mencari bahan2. padahal kalau xde pon xpe. so beli daun ketumbar and selasih kan dorang dah siap2 ikat, nak guna sikit je tapi beli seikat banyak gile. end up lepas tu daun2 tu jadi kering and buang dalam tong sampah.beli bahan2 aje sampai 20-30 hengget padahal makan kedai baru 5hengget je. takpe, pengalaman.

habit masak kedua aku, aku suka rasa masakan banyak2 kali. asal letak 1 bahan aku rasa, tambah bahan lain aku rasa, sampai kuah tu kering sebab aku asyik merasa je. tu dulu lah, sekarang ni dah konpiden sikit. letak bahan perasa last2 pastu terus tutup api. rase sekali je. hahahhaha kadang2 tak rase pon terus makan je. end up terlebih rasa. tapi once dah masak, ari2 rasa nak masak. sebab kononya practice make perfect. konon2 lah....






ni antara resepi2 yang aku try masak. gambar amek dari instag je. paling aku konpiden masak spageti. sebab senang. hahahhhaha...yang terpilih masuk intaq sume yang aku rasa sedap je. yang tak sedap aku nafikan kewujudan dorang.hahhahaha...tukang kebun feveret haruslah mee kari.



selamat memasak semua...

Thursday, October 4, 2012

what is in ur handbag

dulu aku selalu tengok rancangan gosip dekat TV ape ntah namanya dah lupe. dalam rancangan tu ada satu segmen terjah nak tengok apa ada dalam beg artis. propaganza kot. tak silap aku la. aku kan suka konpiden tapi selalu salah. konpiden tu penting..hahahha...so arini saja godek2 intenet nak tengok apa yang orang lain bawak dalam beg dorang setiap hari? since aku adalah orang kebanyakan yang biasa-biasa aje, so ape yang aku kelek ke hulu kehilir adalah biasa-biasa aje. cuma keteraturan yang sangat luar biasa je la kalau bukak handbag aku.


so aku gugel, sebenarnya ramai yang bawak gadget dalam handbag. gila la..most of them at least ada ipad, ipod. tak kire lagi yang bawak mac bagai2..2nd trend is bawak camera mahal2 dalam handbag ke hulu kehilir. every moment is precious and no turning back. so camera haruslah sentiasa dikepit bawah ketiak, maka setiap moment dapat dicapture....erkkk tapi aku bukanlah dalam golongan mereka. kan dah cakap aku golongan biasa-biasa yang dah nak jatuh dalam golongan rendah. boleh? hahhahhaha







ni sume orang yang ditahap tinggi. macam2 jenis gadget ada. and kemasnya beg dorang...kalau beg aku lipas masuk pon belum tentu boleh cari jalan keluar...aku pulak jenisannye kalau nak keluar aku main sambar je beg apa yang terdekat dengan aku. beg dalam rumah aku bersepah2. so kalau aku dekat dalam bilik aku biasanya akan sambar beg yang atas katil yang elok sikit rupanya. kalau aku dekat ruang tamu aku rembat beg dekat kerusi tepi pintu keluar, ni biasanya aku letak beg kerja aku. balik keje bukak pintu terus campak beg atas kerusi tu. nak pegi kerja sambar je. jimat masa. hahahaha....


meh tengok version aku yang berhabuk. hahhahhahaha




so kesimpulan yang aku cuba dapatkan ialah aku perlukan formal wallet yang boleh letak semua barang2 yang sepatutnya. aku tak pernah ada formal wallet dah hampir 8 tahuneh ke 9, boleh? last aku beli wallet masa dekat matrik, beli ala2 lovely lace, siap ade teddybear kaler biru cokelat, aku kelek sekejap je. lepas tu tak selesa, aku letak semua barang2 penting macam ic and kad bank dalam poket seluar belakang. duit2 sumua aku letak dalam poket seluar depan. tapi memandangkan lanjutkan umur tuanku, jadi aku rasa aku perlu beli wallet. hahahha...apekah mukadimahnya yang boleh relate dengan wallet ntah. aku dah jumpa wallet idaman hati tapi poket seluar pulak koyak, abis semua duit dah bertabur atas jalan. jadi terpaksa tunda sampai di satu ketika poket penuh. T______________T

Wednesday, September 5, 2012

ini adalah entry sedikit annoying..mungkin banyak annoying kat sape2 yang setepek kene kat muka. tapi lately banyak gile aku baca benda2 mengarut ni. mungkin benda2 ni adalah motivasi or perangsang tapi bagi aku korang ni loser kot. kalau ye pon single tak perlu lah mention and berdoa lah tuhan temukan jodoh...eh apesal aku emo ntah. sebab ada 2-3 kawan aku suka post2 benda macam ni banyak2 kat FB.so aku ada sedikit terganggu dengan status macam tu..

contohya:


7 fakta SINGLE ITU BESt:

1. Nak keluar dengan kawan2 lelaki/perempuan bebas2. Nak mesej/call dengan kawan2 lelaki/perempuan takde limit3. Tak perlu nak fikir pasal orang lain4. Tak akan mengalami masalah gaduh dengan bf/gf...4. Mendapat tidur yang secukupnye
5. Telinga tak sakit dengar bebelan
6. Duit boleh simpan, takde nye nak topup untuk kapel ke, belikan hadiah ke kan
7. Single is simple,Double is trouble




ada bayak lagi tapi aku malas nak stalk.

huh, aku pompuan emo.

bye

Wednesday, August 29, 2012

kedah with love



dah dapat album kawen kat kedah b4 raya hari tu. yeay..album santek. puas hati sebab gambar aku banyak. boleh ke? hahhaa...dah namanya aku ni raja berhari2 mestilah gambar aku yang banyak.poket aku jugak yang rabak. so overall majlis kat kedah ok-ok. tak penat sangat sebab geng rewang kat sini rajin2. sume kuali dorang dah basuhkan. tinggal sikit2 je yang ktorang kena ligan. majlis pon smooth aje. family dari kuantan semua happy, family kat kedah pon happy, pengantin lagi2 la happy... poket je tak berapa nak happy dah!






nah,sebagai kenang-kenangan.

ps: si aniq ni asyik nangis je.stress aku!

Tuesday, August 28, 2012

my first time

rayaing


1- 1st time raya bersama suami.ececece...feeling lain sikit. baju taknak lagi sedondon ke? hahhaha

2- 1st time raya tak nampak mak bapak sendiri. yang ada mak bapak mertua je. merana sungguh di malam raya dan di pagi raya. nasib baik sempat cover macho, so tak ada sebarang pertumpahan  berlaku. tapi diam tak diam meleleh jugak.

3- 1st time pagi raya tak dapat cium tangan mak ayah sendiri. terpaksa ganti dengan tangan mak bapak mertua. janji ada la labu~~~

4- 1st time beraya umah mertua. kan dah jadi menantu hantu sebab tak ada experience. balik kampung ko berlenggang kangkung je labu, mana tak hantunya ko ni. tak bawak balik sebarang kuih raya, kerepek raya, baju raya bagi kat umah mertua. dah tukangkebun buat tak reti, so aku lagi la tak reti.. 1st time la katakan. nasib baik kakak ipar ada bawak balik kueh. sedap gila. huh, selamat disitu.

4- 1st time beraya kat kedah. boleh ke aku cakap raya kedah boring? sebab fIL bukan orang kedah so tak adalah rumah sedara mara yang dekat. jadinya tak adalah aktiviti berjalan raya di rumah sedare. pakai cantik2, bawak balang kuih raya depan tv, angkut bantal busuk, lepakkkkkkkkkkkkkkkkkk tengok tv. sungguh berisi aktiviti hari raya dengan rancangan tv.

5- 1st time malam raya aku tak bz. kalau kat umah sendiri kompem2 bz sampai tak tido malam nak siapkan juadah raya. kat rumah FIL suma dah tersedia sehari sebelum raya. hari jumaat satey and tapai dah siap. pagi sabtu kuah kacang siap. petang tinggal rebus nasi impit. tu pon MIL buat, aku and tukang kebun pegi cinema tengok expendable 2.

6- 1st time aku rasa raya kali ni jalan tak jem sangat. balik kedah lepas keja ari jumaat jalan adalah sangat lenggang. jem sikit2 kat tapah n terowong. tapi tak teruk sangat. balik kuantan lagi tak jem, balik dari kuantan ke kl sangat2 tak jem. heaven betol. tak sempat nak karok lagu raya puas2 dah sampai rumah. huhehueuhe

7- 1st time raya ni beli kueh raya untuk rumah sendiri. walaupon duduk sorang2 feel raya kena ada biarpon langsir buruk, rumah najwa latip (kosong), kunyah kuih raya sorang2, raya tetap raya.




so








Thursday, August 9, 2012

rambling

1- sudah 20 hari berpuasa,tinggal 1/3 perjalanan lagi. tapi gamaknye aku ni nak kena ganti pose berminggu2 sebab bercuti awal bulan, tengah bulan, kang hujung bulan kompem bercuti lagi. fening aku pikir hormon yang tak stabil ni...

2- baju raya tak beli pon. langsung tak ada. kasut, cardigan and baju tu bukan baju raya, tu saje2 gedik nak beli. baju kurung yillek. recycle aje lah ape yang ade. huhuhu.... 

3- semangat nak raya menurun. tahun ni raya kat kedah. raya ke3 baru balik kuantan tapi forever alone. sadisnye hidup. sebab tu tak semangat kot carik baju raya. 

4- baru teringat baju kurung2 yang latest (tahun lepas n 2 tahun lepas punya ada kat kuantan). so tahun ni beraya dengan baju lama yang menjangkau 3-4 tahun umurnya..sedihnye.....sungguh tak bergaya di hari raya.

5- tahun ni jangan sape2 mintak duit raya, aku bagi penampor je nanti. jangan tanye kenape, paham2 je la sendiri.

6- langsung tak de persiapan raya kat rumah. macam itu lah jugak rupe rumahnye.kosong~~~kosong~~~~ cuma ada tambahan ayat al-Quran tu pon hadiah orang bagi...seronok kawen, dapat banyak hadiah. hahahaha...sape yang tak bagi hadiah lagi angkat tangan!

7- kenape tudung ni mahal2 ye. sampai 5-6 ploh. terkejut makcik. terpakse letak balik padahal dah cun2 try. sobss tapi gamaknya kena sambar jugak lah. kang meleleh air liur aku....

8- tiap2 hari pk nak makan ape bukak pose. sebab dah boring lauk ruji bulan pose. nasi putih+ayam goreng+sosej+telur+kicap. macam nak g tapau wong solo tapi malas nak harung jem balik rumah.

9- baru 2 kali pegi bazar. 1st time kat bazaar depan rumah, 2nd time kat bazaar seksyen 7 yang dirindui...

10- tak tahu nak rasa ape sekarang ni. hepi ke, sedih ke, kecewa ke, macam2 rasa ade.secukup rasa. deuhhh.....


dada~~~~

Tuesday, July 24, 2012

entry mak ayah


tadi baru je apak call btau ade saman. then terus chit chat sambil drive plak tu tapi tak sampai hati nak letak sebab apak meriah bercerita. lama tak jumpa apak rindu2an pula. rasanya dah kawen ni lagi hati memberontak rindu kat mak ayah. sobsssss...apak macam biasa dari dulu berharap aku keje kat kuantan. katenye anak2 sume jauh. sampai sanggup datang kl sebab nak jenguk anak2. sobssss juta2 lemon. hahahhahahha tiba2 entri sedih la pulok....apak aku ni emosional lebih. nampak je garang tapi dalam hati macam agar2..kekeke...masa kawen akak aku, mak aku rilex je boleh gelak2 bapak aku diam2 pegi belakang kesat2 mata konon2 masuk habuk. tapi sebagai anak, mesti la tau kenapa apak tenyeh2 mate. masa akak datang nak salam apak bergenang lagi kali ni memang dah tak cover nampak dagu dah bergetar2...heheheheh..terus pelok apak time tu....anak perempuan kawen feeling lain sket dari anak lelaki sebab masa adik lelaki aku kawen apak aku siap gelak besar lagi...nasib baik masa aku salam tok kadi arituapak aku tak nanges kalau tak abes mekap i nyah...terpaksa apak bayarkan balance make up.hehehe...



apak aku ni macam ade 6th sense dengan anak2..aku ingat lagi masa anyoh baru2 kenal dengan husband die, apak aku bole call and cakap macam ni " fikir ape lagi, sebab die muda ke" lebih kurang macam tu la ayat die aku tak bape ingat. terus akak aku call aku marah2 cakap aku btau apak pasal dia ada bf baru (masa tu aku sorang je yang tahu pasal bf baru die ni.) tapi aku tak btau pon. apak aku ni hebat betol nostradamus die. mana tak tumpahnya nostradamus die kalau tak ke aku.hahahhahah.......tapi kalau aku ada masalah or susah hati mesti ada je call dari apak. hahahhaha lebiu apak......



even masa tima preparation wedding pon, aku ada masalah dengan vendor. senyap2 je aku try sort out masalah tu, tapi deng!!!! die tau jugak. and terus dia setelkan problem tu. tak de lah setelkan macam gangster ke ape, tapi apak aku sanggup bayarkan deposit baru untuk vendor baru and cancel dengan vendor bermasalah tu. siap pegi temankan jumpa wedding planner baru, everytime nak test baju or nak discuss apak mesti ikot. hahahha sebab 1st vendor tu booking wihout bincang secara mendalam dengan apak. tulah namenye tu....love u deep2 apak...omak i leb u.....




 curik gambar dari op





leb u deep2 apak <3 omak


ramadhan



salam ramadhan semua. tu aje isi penting die...dah 5 hari di bulan ramadhan tapi aku baru nak start puasa. hehehe...kapal terbang delay sebab tu lambat sikit. 1st day puasa dah tak larat padahal baru pukul 10 sebab tak bangun sahur. tersedar kol 4 tapi rasa awal lagi so sambung tido, tup tup dah pukul 530. tak de makna nak bangun dah alang2 pukul 530 pejam terus je la mata.




fakta di bulan puasa


1- dah 5 hari di bulan puasa tapi tak pernah lagi menjejakkan kaki di bazaar ramadhan. malas nak meramaikan umat memandangkan kapal terbang aku delay.


2- pernah kena sound dengan budak sebelah rumah sebab dengar aku goreng ayam tengah hari buta. sape suruh main tepi rumah aku, rumah ko tak boleh main eh budak!


3- hari2 pulang kerja dengan jalan yang sangat sesak. depan rumah ada bazaar so sangat sesak dengan kereta mencari parking. kadang2 ada kereta block entrance rumah. berani eh kau block entrance rumah puhlis.


4- teringin nak bersahur dengan tukangkebun


5- teringin nak berbuka dengan tukangkebun


6- semalam mak mertua dah message suruh raya kat kedah . tiba2 airmata keluar. awal lagi kot nak decide.


7- bekerja dari jam 9-530


8- selalu makan sambil menonton tv, kadang2 bercakap2 dengan bear sebab die je yang ada dalam rumah

9- sangat suka dengan rancangan masak2 2-3 menjak ni. tapi sangat malas nak practice

10- lauk setiap hari adalah ayam dan telur. ayam masak merah, telor masak kicap, ayam goreng kunyit, ayam goreng crispy. ada banyak stok ayam dalam peti ais sebab mulut ada 1 je. perut besar tapak tangan je.

11- dah rasa lapar. nak tgk blog masak2.daaaa~~~~~

Wednesday, July 18, 2012





bukak pintu rumah ---> tarok beg atas kerusi ---> sangkot kunci dekat penyangkut ----> salin baju ---> on tv ---> pandang siling............ kosong....kosong............warghhh tak sampai seminggu pon dah macam ni. macam mana nak hadapi the next 178. tiap2 malam layan perasaan sendiri. tiap2 masa pandang phone dengan pandangan kosong...sobsss....dah seminggu masok training, tukang kebun xpernah call lagi. uwaaaa~~~~~




bulan pertama tak boleh melawat/keluar. bulan kedua boleh melawat je. bulan ketiga boleh outing je..sobsss..kena tunggu lagi sebulan baru boleh pegi melawat.tp melawat je la, tak boleh balik rumah. dulu sebelum kawen tak rasa pape.  even rindu pon tapi tak sama macam perasaan dah kawen. inai ade lagi kat jari tapi dah kena tinggal. tau, tak baik mengungkit. ni kan rezeki, tapi sedih. sedih.sedih...sobssss....



cepatlah berlalu 178. saya mau kehidupan normal.



*nasib baik bendera jepun, kalau tak lagi haru!

Tuesday, July 17, 2012

kejadian nana kawen beramai2

tadi aku nak search nama nana, so type la kat search tu nana, keluarlah segala macam nana yang ade kat FB. part yang buat aku senyum sinis bila tgk result search nana, sume tarok profile picture dorang gambar kawen..hahahhaha...zaman nana kawen beramai2 la kot..... ahhahahahhaha... kebetulan yang kelakar~


rindu


sudah pindah rumah baru.yang lebih selamat mungkin. lebih selesa. tapi menyendiri? sedih. dulu masa tak dapat rumah selok cari rumah nak duduk berdua. bila dah dapat kena duduk sorang2 pula.   sobsss...tapi tak ape lah.kan rezeki, tak baik merungut. tahan hati,tahan...6 bulan je.....


rindu.





rindu.





rindu.





tahun ni kena pose sorang2..berbuka sorang2 bersahur sorang2,....sabar song, sabar.....insyaAllah, kehidupan lebih baik lepas ni....

Thursday, June 21, 2012

saje je nak tepek



alhamdulillah, lepas bermacam2 masalah dan konflik finally dah jadi bini orang. lepas ni kena bersabar dengan setiap masalah dan dugaan yang akan datang. dah tak boleh nak emo. kena belajar macam mana nak kawal diri kalau dugaan datang menjengok. dah tak boleh jadi macam dulu, semua perangai buruk keluar masa tengah konflik. sekarang kena lebih bersabar sebab syurga tu kat bawah tapak kaki suami. kena slow2 adapt dengan tanggungjawab baru. walaupon sekarang tak rasa lagi perubahan tanggungjawab tu sebab dok asing2. rumah belum dapat lagi. kadang2 malu bila kena jawab dok asing2 bila orang tanya dok kat mane. tak tahu nak sedih ke hepi sebab dok asing2 pon seronok, sebab tak rasa ada tanggungjawab sangat + sentiasa ada masa untuk diri sendiri. hahhaha.......


jutaan terima kasih dekat dayang2 ku intan sebab sanggup stay-up sampai pukul 4 pagi semata2 nak siapkan doorgift. lepas 3 kenduri, doorgift aku kali ni yang paling tak membazir sebab yang lebih pon ada around 20+ je berbanding zaman akak aku sampai serat lebih membazir. bukan sebab tak ramai datang tapi sebab tak cukup tangan nak menanggah.  so korang2, jasa baik korang aku semat dalam2...tq sangat2.. hahahha..kalau ada barang2 aku yang korang nak pinjam, cakap je...hehehe.....







Monday, June 18, 2012

next, lompat berirama irama rama ma maaaaaa


edisi nana the next bride...hahahhaa



op ngan tumi adalah calon terdekat sambut bunga tapi telah di pintas oleh nana. kekeke.....lean sentiasa dengan muka semangat di setiap acara. apai eksen je lebey, dah tak yah nak sambut bunga, sambut baby je nanti...kekeke so sila la set masa nana..ktorang nak sambut bunga ko plak..hahahaha



~love~

Sunday, June 17, 2012

mukadimah dulu...gambar lari2 anak ayam



di garisan


sedia....


mula.........................


dan pemenangnye




of course la si pemegang payung...har har har




sori la gambar tanpa sebarang editan. raw dari syahmi...den memang pemalas..hahhahahahha

Sunday, April 22, 2012

lets mengkaw2 gays!

finally dah jumpa gerai kaw2 ni kat puchong....yahoo..so next time boleh la bawak gays2 sume pegi sini sana. mari2...kat puchong ni baru bukak rasanya. tapi still kena beratur panjang tapi tak sedahsat dekat setiawangsa. aku baca and dengar2 even beratur ambik nombor pon sampai 3 jam. kat puchong ni aku sampai dalam pukul 630 cam tu la, kol b4 kol 7 aku dah dapat nombor. beratur tak lama pon dalam 15/20 min je kot. nombor aku 33 tapi masa aku dah amek nombor tu ingat nak tunggu je tapi bila duduk tunggu tu dengar brader tu panggil nombor sepuluh. terus berkeputusan balik rumah mandi and maghrib dulu. oh masa ni pegi rumah mak sedara nik kat puchong utama. petang tu dorang berkira2 nak minum petang tapi semua kedai goreng pisang and kuih muih tutup awal so laju2 aku suggest cari burger kaw2. dorang pon tak tahu kat mana gerai ni tapi pusing2 jumpa la jugak.rupanya kat belakang rumah dorang je tapi tak perasan sebab foodcourt lokas makana tu baru je bukak.



masa ni baru pukul 630 camtu la tapi orang dah beratur panjang. and line beratur ni tak putus2. sentiasa ada orang yang menokok tambah line ni. tapi kat sini sekejap je la beratur nya tak adalah sampai 3 jam...jom layan burger kaw2......


ni burgernya. tapi hasrus diingatkan. the cheapest pon reganya rm 7.50. tu yang basic je. yang ni aku amek yang highspec punye burger. apentah name die, cheesy beaconizer kot rm11.50. hahhahahahhahahhahhahahaha mahal untuk street burger stall tapi rasa dia ok lah. 7 out of 10. tengok cheese sause dia perghhhh memang tak kedekut la die letak. macam tak berbaloi pon ada jugak sebenarnya sebab dengan rm11.50 ko dah boleh makan nasi putih, tomyam campur, sayur kailan ikan masin and air tembikai dekat restoran makanan thai. gambar ni adalah burger yang telah di potong 2. yang lagi separuh dah selamat masuk perut aku.




ni la penangan kaw2. kaw2 di perut, kaw2 di poket dan tidak lupa kaw2 di mata. muahhahah overdose beef patty...


yok kawan2 set time kita pegi serang lagi...

Wednesday, April 18, 2012

the perfect palette

ini adalah sebuah website yang suka combine2 kaler untuk event apa2 sahajalah. tapi mostly orang yang nak kawen akan bukak website ni sebab nak dapatkan idea warna taman tema genting highland. aku pon suka benda alah ni. sebab dia memudahkan imaginasi kau nak mewarnakan majlis nanti. walaupon hari2 aku usha website ni warna taman tema aku tak sama pon macam dalam website ni. sebabnya campur tangan orang lain ramai sangat then redha je lah kaler ape2 pon. janji saya tawem. sumber: sini




siapa2 yang belom kawen cekidout la page ni. hati akan sentiasa teruja dengan mainan kaler2 dia. hohohoo. contohnya sekarang kaler fushia ni sangat in la konon2nya pada abad ini, so the perfect palette ni akan tru matchkan kaler ni dengan keler2 lain yang semestinya adalah the boom!


 ini santek..


 ini adalah manis sangat..


 ini marbeles


eh apai punya tema begini kan!

see mesti rambang mata tengok combination kaler2 begini. rasa nak gigit je...yang ni kaler mint and blue plak...dulu sebelum campur tangan orang2 lain aku nak buat kaler biru jugak sebab fav tukang kebun. tapi taknak blue yang blue, hahahha nak biru yang lain sikit macam aqua blue, tiffany blue, or midnight blue. tapi angan2 tu lempar je la tinggi atas pokok mat jenin. tapi kaler2 macam ni nampak ceria and soft je kan..






ungu pon cantik. sebab ungu ni kaler romantik. aku pernah berangan nak pelamin kaler purple sebab nak bagi nampak romentik.hahahhaha hormon gatal aku dah mencanak...




atau mencuba kaler2 yang berani and vibrant macam ni.





yang ni all time fav aku...tapi angan tak kesudahan....sobsssss......mau yang inimau yang ini,mau yang ini........ :'(





Thursday, April 12, 2012

HIV test

ini entri nak mengadu domba.sila baca dengan penuh minat.




arini aku pergi buat H.I.V test dekat KK pelabuhan Klang. kenapa Pelabuhan Klang? sebab kat sini tak payah buat appointment macam dekat KK yang lain. sebab tempat ni terceruk sedikit kot, ramai indon nepal dan seantero orang dari negara2 lain so dorang tak ade lah nak bat HIV test bagai2. uhhh macam kat over the sea.




so the result?????? jeng jeng jeng.............




Of course lah negative. so dah boleh proceed untuk next stage. oh tadi masa misi tu cucuk amek darah, sangat sakit. aduhai nasib aku tak menjerit je. lepas amek darah misi tu cakap lepas ni pegi makmal and masuk bilik no2 jumpa doktor. so aku tanya lah kat mana? misi tu dengan penuh nada selambe mak jemah dia je cakap, eh cari la sendiri, orang tua pon pandai cari. buruk benor layanan. end up aku salah masuk bilik. aku terus masuk bilik 2 sebab aku tak jumpa makmal sebab dalam hati dah fukir mesti makmal ni dalam bilik no 2. tapi bila masuk bilik no 2 doktor cakap dengan begitu lemah lembut, dahla doktor cantik muda stylo 'sayang, mana laporan darah?" masa tu baru aku tau makmal tu kat luar bangunan ye. tu pon aku terjah balik tanya misi makcik tua yang tak stylo tu dengan nada penuh kasihan aku cakap, "misi, saya sesat.mana makmal?" baru la makcik tu cakap elok2.hnsss hnssssss sabar2.... so dah dah dapat laporan darah...


tapi.........tapiiiiiiiiii.........................tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............................


aku kena buat screening untuk talasemia. doktor cakap darah aku tak normal. dia terangkan HB normal 3-18, aku punya 10 so aku punya HB normal tapi , MHC normal >27 aku punye 23.7. sobssss so esok pagi aku kena datang balik klinik amek darah untuk talasemia. sebulan dari sekarang baru boleh tahu result talasemia tu...tetiba masa doktor cakap macam tu aku dah fikir negative..adoi, cane aku memang ada talasemia. tapi tengok muka aku cuak doktor santek stylo mylo tu cakap, jangan risau. ni tak de pape rasanya. biasalah darah orang mana ada semua sama. aku angguk je terus blah dengan muka cuak.


oooo yang amek darah and dapatkan laporan darah ni cuma perempuan aje. lelaki punya procedure HIV test simple aje. jumpa misi makcik tak stylo tu then dia guna alat ape ntah letak kat jari then dah boleh tahu positif ke negative. kalau perempuan dia amek darah guna picagari pastu tarok dalam 1 balang kecik then balang tu la kita kena bawak pegi makmal untuk dapatkan laporan darah. even borang perempuan pon lain sikit. ada soal selidik tentang penyakit, haid, macam2 lagi la. 


so ape yang aku tak paham adalah.........................
HB tu ape? hand bouque ke
MHC tu ape? 
terok ke kalau benda ni tak normal? 



tapi sekarang untuk menenangkan hati dan perasaan sendiri, aku dengar cakap doktor santek stylo mylo tu, tak de pape pon. jangan risau.
baik doktor. saya dengar cakap doktor sebab doktor ni cantik...hahahhahaha

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr