Friday, December 30, 2011



testing...testing....1.2......3.....................................

Tuesday, December 27, 2011


sepatotnya adalah begini tapi..............








kenapa macam ni plak?????????

Wednesday, December 21, 2011

kisah terlampau 8 tahun yang lalu


anda semua tahu apakah ini? ini adalah chandelier tahu. chandelier ni biasa kita letak dekat ruang tamu supaya nampak mewah. sekarang mana ada orang guna lampu kalimantang atau lampu lip lap macam kat dicso tu kat ruang tamu lagi. rumah aku aje yang masih guna kalimantang sebab tak mampu nak beli chandelier ni. tapi aku survey2 tak adalah mahal pon sangat benda alah ni. kalau yang biasa2 dalam 2 3rat dah boleh dapat. tapi kalau siap nak yang kristal bagai2 memang tak mampu la kan. 2 3rat tu pon tak mampu lagi nak letak kat ruang tamu rumah aku tu..

oh ceritanya pasal lampu ni masa aku tingkatan 5 kot.eh ke 4 ntah, aku tak ingat. eh ke masa trial SPM. lebih kurang macam tu lah latar masanya. masa tu exam LK.lukisan kejuruteraan. salah satu soalan pasal kena letak lampu candelier ni kat floor plan rumah. so dekat soalan tu dia tulis chandelier = 16x. ada la kawan aku ni ingat kan chandelier tu kena lukis sampai 16 kali. so dia main taram penuhkan 1 rumah dengan 16 chandelier lip lap2 tu. perghhhh bersilau la mata orang dalam rumah tu dengan lampu chandelier penuh satu rumah....ahhahahaha...tak pasal2 kawan aku kena bahan satu kelas dengan cikgu LK. istana pon belum tentu ada 16 chandelier.hahhahah





lebih kurang macam ni la simbol untuk chandelier masa dulu2 aku belajar. patotnye 16x tu yang part cabang2 die tu. ada 16 cabang2 tapi ada kawan aku ni konpius sampai letak 16 chandelier dalam satu rumah. hahahaha..kaya betul. Datok AC Mizal pon belum tentu ada 16 chandelier dalam rumah die. kakakkaka..kesian kawan aku sebab sampai hari ni aku ingat cerita dia.padahal peristiwa berdarah tu dah 8 ke 9 tahun lepas..tapi agak terlampau la jugak sebenarnya kalau sampai 16 kan.

aku tertanya2 jugak kat mana lagi 15 chandelier dia letak. kat dalam toilet pon ada ke? kesian shit malu2 je nak keluar bila bersinar2 je toilet dek simbahan lampu chandelier. kakkakaka......dalam toilet, bilik kecik, bilik besar, tampat makan, aih sume sudut ada lampu ni, memang kaya lah. sebab tu ka jugak kot kawan aku ni tak jadi arkitek atau interior designer kot. kalau tak mampus client die nak kena bayar riban2 untuk chandelier je. tu tak kire benda lain lagi. kawan aku ni kan high taste.

ooooooo kakak aku dah masuk bilik bersalin. jap lagi aku nak pegi submisson dekat klang, lepas tu nak pegi subang jumpa client lepas tu terus merempit pegi hospital selayang. tapi aku tak tau jalan nak pegi hosital selayang. ada sesiapa tahu cane nak pegi hospital selayang????


ala tomei tomei gegurl







ala....gambar ni GIF tp tak gerak plak..geramnye..tak bole tgk aksi lean.cis!!!!!!

Wednesday, December 14, 2011

belajar korea

ingat tak zaman belajar dulu2 aku dengan si yayan suke mencarut dalam tulisan korea. asal class dekan or class poziah mesti nak main pas2 kertas tulis tulisan korea. bajet hebat je. ala2 macam tulis jawi tak tak guna huruf jawi la, guna huruf korea. hahahhaa dulu aku sangat semangat belajar tulisan korea.. tapi bagus jugak sebab sekarang bila aku nak tulis perihal rahsia aku akan tulis dalam bentuk tulisan begini. sebab tak de sape2 pon boleh bace. hahahhahaha cuma bahaya sikit kalau si yayan terjumpa. ala, setakat yayan aku tak heran. sebab skill joyah dia tak hebat mana pon. kalau orang lain dengar pon tak exited je dengan cerita dia tu...


aku ingat lagi nana and apai pernah marah kat aku and yayan sebab ktorang main pas2 kertas dalam bahase korea, cuma ktorg je yang paham. nana and apai bengang sebab tak paham.. hahhahah...padahal ktorg tak ngumpat korang pon, ktorg cuma cerita benda2 biasa je..contohnye "aku lapar la, bila la si poziah ni nak abis ngajar" takpon " eh cuba tengok john tidur cover ngan buku" itu aje pon perbualannya, tak adelah sampai nak ngumpat geng depan2 guna bahasa korea. tapi lepas ni bole je praktikkan sebab kalau kantoi pon bukan korang paham pon..tapi..........tapi...................korang bukan ade kat sini pon nak buat benda alah semua tu..


sebenarnya nak belajar tulisan korea ni kacang aje..tak susah pon. yang susah kalau kita betul2 nak belajar korea. dalam kata lain korang nak belajar perkataan dan cara sebutan yang betul. macam kes aku and yayan ktorang tulis dalam bahasa korea tapi perkataannya dalam bahasa melayu jugak. macam la ktorg reti nak cakap and tulis korea betul2. tapi rasa sangat best bila tengok cerita korea ktorg boleh baca apa yang dorang tulis dalam korea, cuma tak paham la maksudnya apa. aku ingat bila dah kerja nak masuk kelas belajar korea betul2 tapi bila dah kerja rasa macam tak ada keperluan pon nak belajar bahasa tu. setakat sebab nak tengok cerita korea tu, sekarang berlambak cerita korea yang dah ditraslate kan . tak yah buang duit belajar dah la mahal kot kelas dorang ni...


link: sini


aku start belajar tulsian ni macam ni, lebih kurang la, sebab aku cari website yang aku selalu bukak tu dah tak jumpa pulak. tapi lebih kurang macam ni asas mula2 aku belajar....semangat aku dok igat setiap huruf2 korea. setiap hari mesti aku dok belajar tulisan2 dorang ni..sekarang ni aku dah kira expert la bab2 mambaca tulisan korea secara tak rasmi..tak tau la kalau benda ni aku bole letak dalam resume. ada pekdah ke? ke nanti orang yang tengok tu rasa aku ni belajar benda yang tak mendatangkan pekdah...ishh ishh ishhh...

korang belajar la jugak,nanti nak ngumpat senang.hehehe

Friday, December 9, 2011

string2 yang begitu lazat




sangat lazat string2 begini...crettt cretttt bunyik otak aku bekerja keras nk apply satu hari nanti..eh abaikan pic comolot tu, kang kena kapak ngan bapak aku....bayangkan korang amek gambar berlatar belakangkan string2 ini, lazat kan...semoga dipermudahkan semuanya.......aku sangat bajet so aku tak mampu nak ade hiasan chandelier sampai 16 tergantung sana sini, so terpakse fikirkan idea2 yang murah tapi sangat lazat. tapi cantikkan kalau buat arch eh laluan tarok string2 sebagai bumbung....bomm booommmm mau bole?


Thursday, December 8, 2011

mera bhaiya...

rajin tak rajin tak rajin tak...........................aku dah rajin bebel kat sini sebab macam sangat kesian tak de sape pedulikan benda alah ini. jadi mari la pedulikan dia....semua orang mesti tak penah jumpa abang aku kan kan kan... sampai ada gambar aku and abang aku kat FB semua tanya ni sape song????? oh berlaku penipuan di situ,xde la semua orang tanya. dah kata aku ni tak femes tak de sapa nak amek peduli aku nak amek gambar ngan sapa kan..yang bertanya tu kompem2 la skandel aku. takot jugak ko yayan aku ade skandel lain..aku dah cakap dah ko memang sayang aku tapi ko tanak percaya...tendang2 lantai bagai2 bila aku cakap ko sayang aku...sekarang dah terbukti ko memang sayang aku deep deep.....


abang aku adalah sangat sengal dan blurr dan hanya mengambil kira perkara berkenaan sendiri sahaja, bukan jual ikan tapi dia ni jenis blurrr...tapi blurr blurr dia pon awek meletop nyahhhh.......bukan kacak di muka tapi kacak di poket........tapi bile ntahnya dia ni nak kawen. mak bapak aku dah bising and selalu sound abang aku " ko ni nak tunggu monopos baru nak kawen ke?" kesian kan abang aku ni...dah berkali-kali nak kawen tapi asyik tertangguh je...mari la doakan abang aku kawen cepat2 kalau tak aku kawenkan abang aku dengan yayan...padan muke ko yayan, nanti hari2 kena buli dengan adik ipar yang ayu lagi vogue.haaa hari2 ko bole makan gulai mak aku. tapi aku rase mesti la mak aku turunkan ilmu kat ko pastu hari2 ko kena masak.padan muka ko!


penah sekali tu masa aku form 3 rasanya kejadian kesengalan abang aku tu..masa tu dia nak mandi, so die bukak2 je pintu bilik air die nampak ular....bole tak abang aku yang sulung tu bukan main kecoh cakap ade ular dalam bilik air. nasib baik akak aku yang nombor 3 tu kasar degil kepala angin tu jenisannya adalah terlebih berani.jadi dia pon jenguk la kat dalam bilik air sebab nak tengok ular besar mana yang berjaya takotkan abang aku sampai pucat lesi muka. jenguk punya jenguk rupanya ular lidi aje...tau tak lidi yang kita buat sapu2 daun kering kat laman rumah tu? haaa besar tu je la kot ularnye....paling sadis tu anak ular lidi. bayangkan ular yang cekeding macam tu abang dok kecoh macam jumpa ular sawa besar batang pokok nangka depan umah aku tu..ishhh ishhhhhh..................klimaksnya kesengalan abang aku ni bila dia tak bagi akak aku si keras kepala degil kasar tu bunuh ular tu.kesian katanya sebab bebi lagi...ishhhh..rasa nak cepuk je dahi abang aku tu.....tapi nama pon akak aku tu keras kepala dia bunuh aje ular bebi tu......


lagi perihal kesengalan abang aku. terjadi masa tu aku lupa aku darjah berapa. form 1 kot. umah lama aku memang selalu ada katak pisang sebab dok kampung kot. kompem binatang alah ni masuk rumah kan...ada sekali tu katak tu dok melepak kat dinding dapur, aku adik beradik ngan mak aku nampak binatang alah ni terus la suruh abang aku buangkan..disebabkan geli nak pegang katak ni, abang aku sarungkan tangan dia dengan plastik or kain, aku lupe which one. pastu dengan lagak aksi gaya macam penyerang hendap abang aku slow2 nak tangkap binatang tu sekali binatang tu landing atas muka dia daaaa~~~kami adik beradik dengan mak aku gelakkan dia laju2....katak pisang kan kaki dia macam ada lendir yang bila dia melekat, kalau ko tarik kaki die still melekat kan...abang aku tarik la katak ni dari muka dia, geli dowh pemandangan bila tengok kaki katak melekat kat muka bila ko tarik badan katak tu.....yewwww..sebab tu la sampai sekarang muka abang aku ada banyaaaaaakkkkkkkkkkkkkk jerawat.....hahahha..padan la muka ko  bang!


haaaaa ini lah abang saya!






Monday, December 5, 2011

saya adalah student planning

bila dah keje rupanya dilema kerja adalah lebih dilema berbanding dipersimpangan dilema nora tu.. bila dah kerja rupanya baru tahu apa yang kita dok hafal time nak exam atau nak jawab kuiz mama yang tiap2 2 minggu tu tak sama bila nak apply tima keje. baru tahu rupanya bila kerja semua apa yang diperkatakan oleh bos adalah betul. padahal saya yang student planning, bos saya bukan. bila dah kerja barulah rasa nikmat belajar itu adalah lebih nikmat dari bekerja. baru tahu duit  PTPTN yang kita belanja tiap2 semester adalah lebih seronok untuk dibuat joli katak. duit gaji yang didapati bila dah kerja telah dihabiskan dengan melangsai hutang piutang melainkan hutang PTPTN. rindu bila masa belajar setiap masa adalah bersama kawan-kawan dan meronggeng rukiah. rindu bila masa belajar boleh sewa kancil kecik naik 6 orang semata-mata nak beli bra dan panties di jusco taman u. walhal bila dah kerja masing2 dah ada kereta sendiri masih tidak berkelapangan membeli bra dan panties di jusco taman u. yang masih sama dulu masa belajar mampu makan resepi rahsia di awal sem, begitu juga bila dah kerja hanya mampu makan resepi rahsia di awal bulan. hanya kadang kala ditengah bulan.

semua pon mengalami dilema kerja bukan. walhal yang belajar berpenat lelah mata sembab tak tidur berhari hanya untuk sekeping ijazah yang akhirnya aku dah lupa aku tarok mana bukan bos yang dahulunya adalah budak pejabat yang ambil projek masa bekerja. oh ini bukan seperti mau mengutuk apatah lagi menghina bos kesayangan. tetapi adalah berkenaan dilema yang sedang dihadapi, mengapa saya tidah mampu menghujahi setiap arahan bos sepertimana menghujahi setiap komen lecturer. adakah mungkin sebab bos yang membayar gaji setiap bulan tidak seperti lecturer yang bukan memberi saya pinjaman setiap semester. walhal saya paham dengan erti kata paham sepaham pahamnya apa yang diminta dan dikomen oleh local authority atau jabatan teknikal lain. pendek kata saya sebagai seorang perancang bandar yang professional adalah perlu menerangkan kepada bos saya yang tidak pernah belajar secara rasmi hal ehwal perancang bandar mengenai setiap requirement yang  dikenakan oleh local authority. kadangkala bos menggelar local authority sebagai bodoh dan entah mengapa saya terguris hati. kenapa saya tidak mampu membekap local authority padahal saya tahu itu semua termaktub dalam akta dan mereka hanyalah agensi pelaksana. bukan mereka yang membuat undang2 dan akta sendiri.

siapa kata bekerja dengan swasta adalah senang dan tidak mencabar. kanan adalah bos, kiri adalah client, depan adalah local authority. kemana2 sahaja saya pergi pasti tersepit di antara ketiga2 ini. kadang kala saya pusing kebelakang dan mula merencakan plan sendiri yang pastinya akan mengingkari arahan bos dan client. saya cuba mempraktikkan apa yang saya telah belajar selama 4 tahun setengah di UTM. tapi bukanlah setiap masa saya berani memusingkan badan. kadangkala tidak sempat saya berpusing saya sudah ditolak kekiri kekanan kedepan. dengan ini juga saya berazam untuk menjadi registered planner dan cuba memartabatkan profession town planner. sekian, wassalam


Thursday, December 1, 2011

skill kenyit2 mata tak menjadi

bengang gila bila bangun pagi2 drive sambil nyanyi2 lagu dangdut, orang potong q time driving pon still boleh senyum. tak kira lagi lahanat2 jalan raya yang bawak keta macam tak penah pegi sekolah memandu, aku still bole senyum semanis tebu. kalau cikgu driving skul aku tengok mesti die ngamok sambil lidah jelir2 "dey2.......ini macam punya orang mana dia belajar bawak kereta?" oh thanks kepada cikgu driving tu aku lepas test sekali amek je...weeehoooooo...oh kembali kepada jalan yang benar, pagi2 aku pegi SUK dengan harapan menggunung dan mood yang sangat hepi tapi sampai 2 je............................................................



Nombor habis, harap maklum


terus la aku meroyan. yang jaga kaunter plak si mamat kulit hitam menawan dengan perut yang comel ke depan aku try la asah bakat kenyit2 mata. "ala bang, saya nak buat 2 carian aje, takkan tak boleh bagi saya nombor.kalau tak bagi saya nombor bagi la saya jumpa kerani buat carian kat dalam" ni aku buat muka paling comel sambil kenyit2 mata. tapi cissssssssssssss bakat dah tumpul dah. dah lama tak asah. brader tu nak jugak cakap nombor dah  sampai 2ratus lebih la dik, takot tak sempat. adik datang petang nanti la ye. ishhh rasa nk ramas2 je perut comel kedepan tu...ilmu ape la brader tu pakai sampai tak lut langsung penangan kenyitan mata aku tu. hnsss hnssss...

lagi satu yang aku bengangkan sistem dorang bagi nomnor giliran tu. tadi kat kerusi menunggu tu tak ramai pon orang. ade je kerusi kosong bersepah2 kat sana. aku kira2 bontot orang yang menunggu tak adelah ramai. tak sampai 50 orang pon..ni mesti kes sorang amek sampai berpuluh2 nombor..ni mesti runner lawyer punye keje. sebab masa aku lalu dengan muka sedih ade mamat ni pandang aku macam nak bagi nombor free kat aku, bile aku stop depan die and senyum die senyum balik pastu pandang tempat lain...cisssss gelakkan aku la tu sebab tak dapat nombor........siap la abang tu, aku jumpe tengah jalan aku langgar die kasi hilang separuh bontot. sampai ati gelakkan aku yang bingung time tu!

bole tak kalau brader jaga kaunter tu bagi sorang satu nombor je. tak payah bagi sampai puluh2 kat satu-satu orang. aku pon nak jugak nombor tu.....memang la korang dah kamceng sesama korang tapi tolong la professional....bagi la peluang kat orang yang tak kamceng dengan brader jage kaunter tu dapat nombor jugak.....urghhhhhhhhhhh bengangnye sebab aku ada submisson petang ni, tapi carian rasmi tak dapat lagi...ngamuk lagi ankel comel tu.....hnsss hnsss hnssss.....................ni yang aku malas kalau carian rasmi kena beli kat SUK. tengok PTD dorang dah hadkan sorang runner lawyer cuma boleh beli 5 carian aje. nombor pon die bagi satu je. kalau nak lagi beratur la balik...SUK please la buat macam tu jugak please........

  
oh saje je nak tepek gambar kat sini sebab aku perasan cantik.hahahahhahaha