1- 1st time raya bersama suami.ececece...feeling lain sikit. baju taknak lagi sedondon ke? hahhaha
2- 1st time raya tak nampak mak bapak sendiri. yang ada mak bapak mertua je. merana sungguh di malam raya dan di pagi raya. nasib baik sempat cover macho, so tak ada sebarang pertumpahan berlaku. tapi diam tak diam meleleh jugak.
3- 1st time pagi raya tak dapat cium tangan mak ayah sendiri. terpaksa ganti dengan tangan mak bapak mertua. janji ada la labu~~~
4- 1st time beraya umah mertua. kan dah jadi menantu hantu sebab tak ada experience. balik kampung ko berlenggang kangkung je labu, mana tak hantunya ko ni. tak bawak balik sebarang kuih raya, kerepek raya, baju raya bagi kat umah mertua. dah tukangkebun buat tak reti, so aku lagi la tak reti.. 1st time la katakan. nasib baik kakak ipar ada bawak balik kueh. sedap gila. huh, selamat disitu.
4- 1st time beraya kat kedah. boleh ke aku cakap raya kedah boring? sebab fIL bukan orang kedah so tak adalah rumah sedara mara yang dekat. jadinya tak adalah aktiviti berjalan raya di rumah sedare. pakai cantik2, bawak balang kuih raya depan tv, angkut bantal busuk, lepakkkkkkkkkkkkkkkkkk tengok tv. sungguh berisi aktiviti hari raya dengan rancangan tv.
5- 1st time malam raya aku tak bz. kalau kat umah sendiri kompem2 bz sampai tak tido malam nak siapkan juadah raya. kat rumah FIL suma dah tersedia sehari sebelum raya. hari jumaat satey and tapai dah siap. pagi sabtu kuah kacang siap. petang tinggal rebus nasi impit. tu pon MIL buat, aku and tukang kebun pegi cinema tengok expendable 2.
6- 1st time aku rasa raya kali ni jalan tak jem sangat. balik kedah lepas keja ari jumaat jalan adalah sangat lenggang. jem sikit2 kat tapah n terowong. tapi tak teruk sangat. balik kuantan lagi tak jem, balik dari kuantan ke kl sangat2 tak jem. heaven betol. tak sempat nak karok lagu raya puas2 dah sampai rumah. huhehueuhe
7- 1st time raya ni beli kueh raya untuk rumah sendiri. walaupon duduk sorang2 feel raya kena ada biarpon langsir buruk, rumah najwa latip (kosong), kunyah kuih raya sorang2, raya tetap raya.
so
No comments:
Post a Comment