Monday, December 5, 2011

saya adalah student planning

bila dah keje rupanya dilema kerja adalah lebih dilema berbanding dipersimpangan dilema nora tu.. bila dah kerja rupanya baru tahu apa yang kita dok hafal time nak exam atau nak jawab kuiz mama yang tiap2 2 minggu tu tak sama bila nak apply tima keje. baru tahu rupanya bila kerja semua apa yang diperkatakan oleh bos adalah betul. padahal saya yang student planning, bos saya bukan. bila dah kerja barulah rasa nikmat belajar itu adalah lebih nikmat dari bekerja. baru tahu duit  PTPTN yang kita belanja tiap2 semester adalah lebih seronok untuk dibuat joli katak. duit gaji yang didapati bila dah kerja telah dihabiskan dengan melangsai hutang piutang melainkan hutang PTPTN. rindu bila masa belajar setiap masa adalah bersama kawan-kawan dan meronggeng rukiah. rindu bila masa belajar boleh sewa kancil kecik naik 6 orang semata-mata nak beli bra dan panties di jusco taman u. walhal bila dah kerja masing2 dah ada kereta sendiri masih tidak berkelapangan membeli bra dan panties di jusco taman u. yang masih sama dulu masa belajar mampu makan resepi rahsia di awal sem, begitu juga bila dah kerja hanya mampu makan resepi rahsia di awal bulan. hanya kadang kala ditengah bulan.

semua pon mengalami dilema kerja bukan. walhal yang belajar berpenat lelah mata sembab tak tidur berhari hanya untuk sekeping ijazah yang akhirnya aku dah lupa aku tarok mana bukan bos yang dahulunya adalah budak pejabat yang ambil projek masa bekerja. oh ini bukan seperti mau mengutuk apatah lagi menghina bos kesayangan. tetapi adalah berkenaan dilema yang sedang dihadapi, mengapa saya tidah mampu menghujahi setiap arahan bos sepertimana menghujahi setiap komen lecturer. adakah mungkin sebab bos yang membayar gaji setiap bulan tidak seperti lecturer yang bukan memberi saya pinjaman setiap semester. walhal saya paham dengan erti kata paham sepaham pahamnya apa yang diminta dan dikomen oleh local authority atau jabatan teknikal lain. pendek kata saya sebagai seorang perancang bandar yang professional adalah perlu menerangkan kepada bos saya yang tidak pernah belajar secara rasmi hal ehwal perancang bandar mengenai setiap requirement yang  dikenakan oleh local authority. kadangkala bos menggelar local authority sebagai bodoh dan entah mengapa saya terguris hati. kenapa saya tidak mampu membekap local authority padahal saya tahu itu semua termaktub dalam akta dan mereka hanyalah agensi pelaksana. bukan mereka yang membuat undang2 dan akta sendiri.

siapa kata bekerja dengan swasta adalah senang dan tidak mencabar. kanan adalah bos, kiri adalah client, depan adalah local authority. kemana2 sahaja saya pergi pasti tersepit di antara ketiga2 ini. kadang kala saya pusing kebelakang dan mula merencakan plan sendiri yang pastinya akan mengingkari arahan bos dan client. saya cuba mempraktikkan apa yang saya telah belajar selama 4 tahun setengah di UTM. tapi bukanlah setiap masa saya berani memusingkan badan. kadangkala tidak sempat saya berpusing saya sudah ditolak kekiri kekanan kedepan. dengan ini juga saya berazam untuk menjadi registered planner dan cuba memartabatkan profession town planner. sekian, wassalam


No comments: