Thursday, April 12, 2012

HIV test

ini entri nak mengadu domba.sila baca dengan penuh minat.




arini aku pergi buat H.I.V test dekat KK pelabuhan Klang. kenapa Pelabuhan Klang? sebab kat sini tak payah buat appointment macam dekat KK yang lain. sebab tempat ni terceruk sedikit kot, ramai indon nepal dan seantero orang dari negara2 lain so dorang tak ade lah nak bat HIV test bagai2. uhhh macam kat over the sea.




so the result?????? jeng jeng jeng.............




Of course lah negative. so dah boleh proceed untuk next stage. oh tadi masa misi tu cucuk amek darah, sangat sakit. aduhai nasib aku tak menjerit je. lepas amek darah misi tu cakap lepas ni pegi makmal and masuk bilik no2 jumpa doktor. so aku tanya lah kat mana? misi tu dengan penuh nada selambe mak jemah dia je cakap, eh cari la sendiri, orang tua pon pandai cari. buruk benor layanan. end up aku salah masuk bilik. aku terus masuk bilik 2 sebab aku tak jumpa makmal sebab dalam hati dah fukir mesti makmal ni dalam bilik no 2. tapi bila masuk bilik no 2 doktor cakap dengan begitu lemah lembut, dahla doktor cantik muda stylo 'sayang, mana laporan darah?" masa tu baru aku tau makmal tu kat luar bangunan ye. tu pon aku terjah balik tanya misi makcik tua yang tak stylo tu dengan nada penuh kasihan aku cakap, "misi, saya sesat.mana makmal?" baru la makcik tu cakap elok2.hnsss hnssssss sabar2.... so dah dah dapat laporan darah...


tapi.........tapiiiiiiiiii.........................tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............................


aku kena buat screening untuk talasemia. doktor cakap darah aku tak normal. dia terangkan HB normal 3-18, aku punya 10 so aku punya HB normal tapi , MHC normal >27 aku punye 23.7. sobssss so esok pagi aku kena datang balik klinik amek darah untuk talasemia. sebulan dari sekarang baru boleh tahu result talasemia tu...tetiba masa doktor cakap macam tu aku dah fikir negative..adoi, cane aku memang ada talasemia. tapi tengok muka aku cuak doktor santek stylo mylo tu cakap, jangan risau. ni tak de pape rasanya. biasalah darah orang mana ada semua sama. aku angguk je terus blah dengan muka cuak.


oooo yang amek darah and dapatkan laporan darah ni cuma perempuan aje. lelaki punya procedure HIV test simple aje. jumpa misi makcik tak stylo tu then dia guna alat ape ntah letak kat jari then dah boleh tahu positif ke negative. kalau perempuan dia amek darah guna picagari pastu tarok dalam 1 balang kecik then balang tu la kita kena bawak pegi makmal untuk dapatkan laporan darah. even borang perempuan pon lain sikit. ada soal selidik tentang penyakit, haid, macam2 lagi la. 


so ape yang aku tak paham adalah.........................
HB tu ape? hand bouque ke
MHC tu ape? 
terok ke kalau benda ni tak normal? 



tapi sekarang untuk menenangkan hati dan perasaan sendiri, aku dengar cakap doktor santek stylo mylo tu, tak de pape pon. jangan risau.
baik doktor. saya dengar cakap doktor sebab doktor ni cantik...hahahhahaha

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

4 comments:

rimieilya said...

ko pny hiv test mmg camtu eh?aku nye test aritu cam men version je..misi cucuk jari,titik darah atas testpad n then terus tau result. xde pn tny2 psl haid sume bagai tu...

echong uchan said...

a ah.begitulah. ko amek kat klinik yang busy kot. aku pon time amek darah tu pon dah tahu negative cuma ada tambahan laporan darah tu la. tp still boleh kawen sbb HIV negative. hehehe..buat la talasemia. sbb benda ni kalau tak buat ujian darah memang takkan dapat tahu ko ade penyakit.

rimieilya said...

hehe...aku g klinik kt kg aku.langsung xde org.aku siap amik gambar testpad tu lg..time aku wat tu org y wat talasemia test xde.misi tu kata leh wat lain kali..hjg bln ni aku ingt nk wat..

jom2..kte dh leh kawen dh.hehe

echong uchan said...

hahahha...aku rasa yg ni selangor je kot. sebab borang hiv selangor lain kementerian yang keluarkan. if kat pahang rasanya guna yang dalam borang kawen tu je kan..

hahahha....selamat berkahwin!