Monday, April 2, 2012

bengang *entri emosi*

entri ini penuh dengan emosi kurang stabil, sape yang datang bulan sila jangan baca.


ok, b4 this aku dah booked dengan satu wedding planner (WP) ni.dah bayar duit depo. pelamin and meja pengantin i've no complaint. ok, aku suka eventho aku rasa a bit pricey tp on je sebab aku dah suka and aku malas nak survey sana sini. makanya dengan harga begitu aku dapat 4 barang sahaja, 1 baju, 1 make-up, pelamin and set meja pengantin. itu sahaja. so yang menjadi masalah adalah baju pengantin which is aku rasa sangat down. aku rasa benda pertama yang korang nak mestilah baju yang cantik. silap aku masa tu sebab aku macam yakin sangat dengan vendor ni sebab dia cakap dia ada buat banyak baju baru modern style. masa aku discuss b4 layangkan deposit, aku dah discuss pasal baju and aku ada request baju kaler yang aku nak, then dia kata ok. bila baju siap baju tu turn out sangat buruk, bukan kaler yang aku request and aku rasa tertipu. dia cakap aku boleh request baju baru tapi aku kena tambah RM. siapa nak angkat tangan??? harga memang pricey then kena tambah RM untuk baju yang belom tentu cantik lagi. aku sangat bawah bawah bawah (down, down, down).

aku balik kampung and discuss pasal baju dengan adik ipar aku tapi entah macam mana bapak aku terdengar *macam drama tak??? padahal discuss depan bapak* so bapak aku melenting. bapak aku jenisannya tak suka dengar benda2 negatif, tak suka kerja leceh, tak suka orang banyak peel. so aku cite dari a-z pasal WP ni and bapak aku dengan perkasanya mengeluarkan perintah untuk cancel booking aku dengan WP tu and cari WP lain. dia sanggup gantikan deposit yang aku dah bayar dekat WP no 1 tu.

al kisahnya b4 aku booked WP no 1 tu, mak n sis aku dah survey kan 1 WP ni untuk aku. tapi aku konon2 nya taknak sebab design dia agak typical and konon2nya aku nak something yang fresh la sangat. so bila bapak aku offer nak bayarkan deposit baru, aku serba salah jugak, tapi aku ni pulak jenisannya tak suka bila ada orang complaint, tak suka bila ada orang bangkang, tak suka bila ada orang tak suka pilihan aku *sebenarnya aku kesah dengan bapak aku je, sebab kalau dia tak suka and something happend dia akan salahkan aku balik* so aku terpaksa call WP pilihan mak aku awal2 dulu and booked dengan dia.

lucky me, eventho die dah fully booked untuk tarikh aku tu hasil lakonan aku yang menyentuh jiwa, dia terima jugak la lamaran aku nak booking dia. so dengan harga yang begitu, lebih sedikit aje *betol2 sikit* dari WP no 1, aku dapat full coverage dari nikah, sanding and tandang. ni pon hasil kepakaran aku kebil2 mata kat akak tu soh dia coverkan sekali majlis tandang, eh padahal cuma tambah baju tandang je. full coverage meaning dari bilik pengantin sampai ke luar rumah dia cover. tp guesstbook photobooth memang tak ada la hokeh! berbaloi compared to WP no 1. since akak ni adalah merangkap tukang jahit, baju dia adalah cantik2. and aku boleh request baju baru without tambah RM. berbaloi bukan. tapi since dah lambat, lagi 2 bulan je acaranya dia and aku berkeputusan tak buat baju baru sebab dia ada a few baju lagi nak siapkan and aku taknak baju aku ala kadar sebab tak cukup masa nak siapkan. so galang ganti aku boleh request pelamin yang aku suka and dia akan buatkan. phewwwwww selamat di situ.

so aku dah call akak WP no 1 aku nak cancel booking ad mintak dia pulangkan deposit.dia cakap tak boleh sebab namanya pon deposit. sebab dia orang meniaga. ok. aku paham. so masa mula2 aku bagitahu aku nak cancel dia macam marah and cakap dia boleh provide benda2 tu semua tapi aku kena tambah RM jugak?? tapi aku taknak kena marah dengan bapak aku so aku cerita major problemnya adalah baju, dia insist cakap dia boleh buatkan baju baru tp still aku kena tambah RM. so aku dah bagi testimoni aku and complaint a few thing, baru dia lepaskan aku, tp no money returned. aku boleh convert deposit aku untuk barang yang setara dengan deposit aku. ok, ni masalah utamanya.

aku tau deposit aku tak banyak, tapi bukannya terlalu sedikit. 2 be frank, deposit aku RM500. so aku buat research apa yang aku boleh dapat dengan RM500. so aku ada a few suggestion. tapi semua idea aku dia tolak mentah2 katanya tak berbaloi dengan RM500 tu. aku macam tertipu disitu sebab b4 aku bagitau dia, aku dah research sehabis2nya. ok, contohnya aku mintak 500 tu tukar dengan set lauk pengantin, dia cakap tak boleh sebab tak berbaloi. padahal aku ada mintak a few quotation dari vendor lain untuk set pengantin n mostly dorang quot RM500 untuk 12 pax. so bila dia cakap tak berbaloi aku cakap aku dah buat researh and mostly vendor lain quot RM500, dan2 dia cakap dia tak provide set pengantin, kalau nak jugak  kena amik full package pengantin baru dia provide setpengantin. WTF?????? ok then aku suggest simple guesstbook and photobooth pon dia cakap tak berbaloi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku tak mintak yang grand, yang simple aje, yang aku rasa kalau aku buat sendiri pon aku cuma habis serat dua je kot.

so aku tanya apa yang aku boleh dapat dengan RM500, dia cuma cakap dia cuma boleh bagi baju and hantaran je. and nada cakapannya macam a bit mengugut. take it or leave it. aku tanya set hantaran apa yang aku boleh dapat. dia cakap dia provide 7 dulang guna artificial flower. aku taknak sebab aku tahu ade vendor quot aku RM600 untuk full fresh flower 9 dulang.. korang hangen satu badan tak??????????????????? aku rasa sangat tertipu sebab sekarang ni dia cuma nak bagi aku baju sahaja tapi aku taknak! sebabnya baju nikah aku dah ada, baju sanding dah ada, baju tandang dah ada. dia suruh amek baju outdoor tapi aku taknak sebab aku tak nak salin banyak2 baju and buang masa, better masa tu aku layan tetamu.....

bapak aku cakap, dia pasrah je kalau deposit aku tu burn. tapi aku tak pasrah.aku tak redha. aku tahu dia meniaga tapi RM500 tu bukan daun ok! itu adalah titik peluh aku. yang buat aku emosi sebab nada cakapannya sedikit mengugut. so kesimpulannya aku dah tak tahu nak ape!

aku pernah baca 1 blog ni, dia pon nak kawen and berkali2 kena tipu dengan vendor. bukan sekali, bukan 2 kali tapi berkali2. so carefull dear~~~~

*ohoiiii banyaknye dugaan bertunang, so kawan2 takyah tunang or jangan tunang lama2. dugaan dia sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat menduga iman*

2 comments:

apaiyapalot! said...

sebut je song siapa vendor tu. pengajaran kepada org lain. hahahah

echong uchan said...

puteri boutique! hah, amek kau!