Sunday, April 22, 2012

lets mengkaw2 gays!

finally dah jumpa gerai kaw2 ni kat puchong....yahoo..so next time boleh la bawak gays2 sume pegi sini sana. mari2...kat puchong ni baru bukak rasanya. tapi still kena beratur panjang tapi tak sedahsat dekat setiawangsa. aku baca and dengar2 even beratur ambik nombor pon sampai 3 jam. kat puchong ni aku sampai dalam pukul 630 cam tu la, kol b4 kol 7 aku dah dapat nombor. beratur tak lama pon dalam 15/20 min je kot. nombor aku 33 tapi masa aku dah amek nombor tu ingat nak tunggu je tapi bila duduk tunggu tu dengar brader tu panggil nombor sepuluh. terus berkeputusan balik rumah mandi and maghrib dulu. oh masa ni pegi rumah mak sedara nik kat puchong utama. petang tu dorang berkira2 nak minum petang tapi semua kedai goreng pisang and kuih muih tutup awal so laju2 aku suggest cari burger kaw2. dorang pon tak tahu kat mana gerai ni tapi pusing2 jumpa la jugak.rupanya kat belakang rumah dorang je tapi tak perasan sebab foodcourt lokas makana tu baru je bukak.



masa ni baru pukul 630 camtu la tapi orang dah beratur panjang. and line beratur ni tak putus2. sentiasa ada orang yang menokok tambah line ni. tapi kat sini sekejap je la beratur nya tak adalah sampai 3 jam...jom layan burger kaw2......


ni burgernya. tapi hasrus diingatkan. the cheapest pon reganya rm 7.50. tu yang basic je. yang ni aku amek yang highspec punye burger. apentah name die, cheesy beaconizer kot rm11.50. hahhahahahhahahhahhahahaha mahal untuk street burger stall tapi rasa dia ok lah. 7 out of 10. tengok cheese sause dia perghhhh memang tak kedekut la die letak. macam tak berbaloi pon ada jugak sebenarnya sebab dengan rm11.50 ko dah boleh makan nasi putih, tomyam campur, sayur kailan ikan masin and air tembikai dekat restoran makanan thai. gambar ni adalah burger yang telah di potong 2. yang lagi separuh dah selamat masuk perut aku.




ni la penangan kaw2. kaw2 di perut, kaw2 di poket dan tidak lupa kaw2 di mata. muahhahah overdose beef patty...


yok kawan2 set time kita pegi serang lagi...

Wednesday, April 18, 2012

the perfect palette

ini adalah sebuah website yang suka combine2 kaler untuk event apa2 sahajalah. tapi mostly orang yang nak kawen akan bukak website ni sebab nak dapatkan idea warna taman tema genting highland. aku pon suka benda alah ni. sebab dia memudahkan imaginasi kau nak mewarnakan majlis nanti. walaupon hari2 aku usha website ni warna taman tema aku tak sama pon macam dalam website ni. sebabnya campur tangan orang lain ramai sangat then redha je lah kaler ape2 pon. janji saya tawem. sumber: sini




siapa2 yang belom kawen cekidout la page ni. hati akan sentiasa teruja dengan mainan kaler2 dia. hohohoo. contohnya sekarang kaler fushia ni sangat in la konon2nya pada abad ini, so the perfect palette ni akan tru matchkan kaler ni dengan keler2 lain yang semestinya adalah the boom!


 ini santek..


 ini adalah manis sangat..


 ini marbeles


eh apai punya tema begini kan!

see mesti rambang mata tengok combination kaler2 begini. rasa nak gigit je...yang ni kaler mint and blue plak...dulu sebelum campur tangan orang2 lain aku nak buat kaler biru jugak sebab fav tukang kebun. tapi taknak blue yang blue, hahahha nak biru yang lain sikit macam aqua blue, tiffany blue, or midnight blue. tapi angan2 tu lempar je la tinggi atas pokok mat jenin. tapi kaler2 macam ni nampak ceria and soft je kan..






ungu pon cantik. sebab ungu ni kaler romantik. aku pernah berangan nak pelamin kaler purple sebab nak bagi nampak romentik.hahahhaha hormon gatal aku dah mencanak...




atau mencuba kaler2 yang berani and vibrant macam ni.





yang ni all time fav aku...tapi angan tak kesudahan....sobsssss......mau yang inimau yang ini,mau yang ini........ :'(





Thursday, April 12, 2012

HIV test

ini entri nak mengadu domba.sila baca dengan penuh minat.




arini aku pergi buat H.I.V test dekat KK pelabuhan Klang. kenapa Pelabuhan Klang? sebab kat sini tak payah buat appointment macam dekat KK yang lain. sebab tempat ni terceruk sedikit kot, ramai indon nepal dan seantero orang dari negara2 lain so dorang tak ade lah nak bat HIV test bagai2. uhhh macam kat over the sea.




so the result?????? jeng jeng jeng.............




Of course lah negative. so dah boleh proceed untuk next stage. oh tadi masa misi tu cucuk amek darah, sangat sakit. aduhai nasib aku tak menjerit je. lepas amek darah misi tu cakap lepas ni pegi makmal and masuk bilik no2 jumpa doktor. so aku tanya lah kat mana? misi tu dengan penuh nada selambe mak jemah dia je cakap, eh cari la sendiri, orang tua pon pandai cari. buruk benor layanan. end up aku salah masuk bilik. aku terus masuk bilik 2 sebab aku tak jumpa makmal sebab dalam hati dah fukir mesti makmal ni dalam bilik no 2. tapi bila masuk bilik no 2 doktor cakap dengan begitu lemah lembut, dahla doktor cantik muda stylo 'sayang, mana laporan darah?" masa tu baru aku tau makmal tu kat luar bangunan ye. tu pon aku terjah balik tanya misi makcik tua yang tak stylo tu dengan nada penuh kasihan aku cakap, "misi, saya sesat.mana makmal?" baru la makcik tu cakap elok2.hnsss hnssssss sabar2.... so dah dah dapat laporan darah...


tapi.........tapiiiiiiiiii.........................tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............................


aku kena buat screening untuk talasemia. doktor cakap darah aku tak normal. dia terangkan HB normal 3-18, aku punya 10 so aku punya HB normal tapi , MHC normal >27 aku punye 23.7. sobssss so esok pagi aku kena datang balik klinik amek darah untuk talasemia. sebulan dari sekarang baru boleh tahu result talasemia tu...tetiba masa doktor cakap macam tu aku dah fikir negative..adoi, cane aku memang ada talasemia. tapi tengok muka aku cuak doktor santek stylo mylo tu cakap, jangan risau. ni tak de pape rasanya. biasalah darah orang mana ada semua sama. aku angguk je terus blah dengan muka cuak.


oooo yang amek darah and dapatkan laporan darah ni cuma perempuan aje. lelaki punya procedure HIV test simple aje. jumpa misi makcik tak stylo tu then dia guna alat ape ntah letak kat jari then dah boleh tahu positif ke negative. kalau perempuan dia amek darah guna picagari pastu tarok dalam 1 balang kecik then balang tu la kita kena bawak pegi makmal untuk dapatkan laporan darah. even borang perempuan pon lain sikit. ada soal selidik tentang penyakit, haid, macam2 lagi la. 


so ape yang aku tak paham adalah.........................
HB tu ape? hand bouque ke
MHC tu ape? 
terok ke kalau benda ni tak normal? 



tapi sekarang untuk menenangkan hati dan perasaan sendiri, aku dengar cakap doktor santek stylo mylo tu, tak de pape pon. jangan risau.
baik doktor. saya dengar cakap doktor sebab doktor ni cantik...hahahhahaha

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Thursday, April 5, 2012

orang gaji pengantin







yo kawan2, sebab korang aje yang baca blog picisan ni, so aku dengan nada mengugut lagi memaksa melantik korang menjadi orang gaji pengantin aku. sila ke message FB untuk sebarang perbincangan dengan lebih lanjut. dengan ini saya memberi watikah perlantikan ketua orang gaji kepada perempuan yang sedang berbunga cinta situ sana sini. semua orang faham barangkali siapakah wanita santek tersebut. 



terima kasih kerana sudi menerima paksaan ini secara suka rela!

Wednesday, April 4, 2012

Monday, April 2, 2012

bengang *entri emosi*

entri ini penuh dengan emosi kurang stabil, sape yang datang bulan sila jangan baca.


ok, b4 this aku dah booked dengan satu wedding planner (WP) ni.dah bayar duit depo. pelamin and meja pengantin i've no complaint. ok, aku suka eventho aku rasa a bit pricey tp on je sebab aku dah suka and aku malas nak survey sana sini. makanya dengan harga begitu aku dapat 4 barang sahaja, 1 baju, 1 make-up, pelamin and set meja pengantin. itu sahaja. so yang menjadi masalah adalah baju pengantin which is aku rasa sangat down. aku rasa benda pertama yang korang nak mestilah baju yang cantik. silap aku masa tu sebab aku macam yakin sangat dengan vendor ni sebab dia cakap dia ada buat banyak baju baru modern style. masa aku discuss b4 layangkan deposit, aku dah discuss pasal baju and aku ada request baju kaler yang aku nak, then dia kata ok. bila baju siap baju tu turn out sangat buruk, bukan kaler yang aku request and aku rasa tertipu. dia cakap aku boleh request baju baru tapi aku kena tambah RM. siapa nak angkat tangan??? harga memang pricey then kena tambah RM untuk baju yang belom tentu cantik lagi. aku sangat bawah bawah bawah (down, down, down).

aku balik kampung and discuss pasal baju dengan adik ipar aku tapi entah macam mana bapak aku terdengar *macam drama tak??? padahal discuss depan bapak* so bapak aku melenting. bapak aku jenisannya tak suka dengar benda2 negatif, tak suka kerja leceh, tak suka orang banyak peel. so aku cite dari a-z pasal WP ni and bapak aku dengan perkasanya mengeluarkan perintah untuk cancel booking aku dengan WP tu and cari WP lain. dia sanggup gantikan deposit yang aku dah bayar dekat WP no 1 tu.

al kisahnya b4 aku booked WP no 1 tu, mak n sis aku dah survey kan 1 WP ni untuk aku. tapi aku konon2 nya taknak sebab design dia agak typical and konon2nya aku nak something yang fresh la sangat. so bila bapak aku offer nak bayarkan deposit baru, aku serba salah jugak, tapi aku ni pulak jenisannya tak suka bila ada orang complaint, tak suka bila ada orang bangkang, tak suka bila ada orang tak suka pilihan aku *sebenarnya aku kesah dengan bapak aku je, sebab kalau dia tak suka and something happend dia akan salahkan aku balik* so aku terpaksa call WP pilihan mak aku awal2 dulu and booked dengan dia.

lucky me, eventho die dah fully booked untuk tarikh aku tu hasil lakonan aku yang menyentuh jiwa, dia terima jugak la lamaran aku nak booking dia. so dengan harga yang begitu, lebih sedikit aje *betol2 sikit* dari WP no 1, aku dapat full coverage dari nikah, sanding and tandang. ni pon hasil kepakaran aku kebil2 mata kat akak tu soh dia coverkan sekali majlis tandang, eh padahal cuma tambah baju tandang je. full coverage meaning dari bilik pengantin sampai ke luar rumah dia cover. tp guesstbook photobooth memang tak ada la hokeh! berbaloi compared to WP no 1. since akak ni adalah merangkap tukang jahit, baju dia adalah cantik2. and aku boleh request baju baru without tambah RM. berbaloi bukan. tapi since dah lambat, lagi 2 bulan je acaranya dia and aku berkeputusan tak buat baju baru sebab dia ada a few baju lagi nak siapkan and aku taknak baju aku ala kadar sebab tak cukup masa nak siapkan. so galang ganti aku boleh request pelamin yang aku suka and dia akan buatkan. phewwwwww selamat di situ.

so aku dah call akak WP no 1 aku nak cancel booking ad mintak dia pulangkan deposit.dia cakap tak boleh sebab namanya pon deposit. sebab dia orang meniaga. ok. aku paham. so masa mula2 aku bagitahu aku nak cancel dia macam marah and cakap dia boleh provide benda2 tu semua tapi aku kena tambah RM jugak?? tapi aku taknak kena marah dengan bapak aku so aku cerita major problemnya adalah baju, dia insist cakap dia boleh buatkan baju baru tp still aku kena tambah RM. so aku dah bagi testimoni aku and complaint a few thing, baru dia lepaskan aku, tp no money returned. aku boleh convert deposit aku untuk barang yang setara dengan deposit aku. ok, ni masalah utamanya.

aku tau deposit aku tak banyak, tapi bukannya terlalu sedikit. 2 be frank, deposit aku RM500. so aku buat research apa yang aku boleh dapat dengan RM500. so aku ada a few suggestion. tapi semua idea aku dia tolak mentah2 katanya tak berbaloi dengan RM500 tu. aku macam tertipu disitu sebab b4 aku bagitau dia, aku dah research sehabis2nya. ok, contohnya aku mintak 500 tu tukar dengan set lauk pengantin, dia cakap tak boleh sebab tak berbaloi. padahal aku ada mintak a few quotation dari vendor lain untuk set pengantin n mostly dorang quot RM500 untuk 12 pax. so bila dia cakap tak berbaloi aku cakap aku dah buat researh and mostly vendor lain quot RM500, dan2 dia cakap dia tak provide set pengantin, kalau nak jugak  kena amik full package pengantin baru dia provide setpengantin. WTF?????? ok then aku suggest simple guesstbook and photobooth pon dia cakap tak berbaloi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku tak mintak yang grand, yang simple aje, yang aku rasa kalau aku buat sendiri pon aku cuma habis serat dua je kot.

so aku tanya apa yang aku boleh dapat dengan RM500, dia cuma cakap dia cuma boleh bagi baju and hantaran je. and nada cakapannya macam a bit mengugut. take it or leave it. aku tanya set hantaran apa yang aku boleh dapat. dia cakap dia provide 7 dulang guna artificial flower. aku taknak sebab aku tahu ade vendor quot aku RM600 untuk full fresh flower 9 dulang.. korang hangen satu badan tak??????????????????? aku rasa sangat tertipu sebab sekarang ni dia cuma nak bagi aku baju sahaja tapi aku taknak! sebabnya baju nikah aku dah ada, baju sanding dah ada, baju tandang dah ada. dia suruh amek baju outdoor tapi aku taknak sebab aku tak nak salin banyak2 baju and buang masa, better masa tu aku layan tetamu.....

bapak aku cakap, dia pasrah je kalau deposit aku tu burn. tapi aku tak pasrah.aku tak redha. aku tahu dia meniaga tapi RM500 tu bukan daun ok! itu adalah titik peluh aku. yang buat aku emosi sebab nada cakapannya sedikit mengugut. so kesimpulannya aku dah tak tahu nak ape!

aku pernah baca 1 blog ni, dia pon nak kawen and berkali2 kena tipu dengan vendor. bukan sekali, bukan 2 kali tapi berkali2. so carefull dear~~~~

*ohoiiii banyaknye dugaan bertunang, so kawan2 takyah tunang or jangan tunang lama2. dugaan dia sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat menduga iman*