jadinya aku adalah SANGAT BERKECIL HATI bila ada orang cakap
"jadi perempuan nak kawen senang, duduk rumah tunggu orang datang meminang. tau2 dapat duit hantaran. lelaki susah nak kawen sebab nak kena kumpul duit hantaran. sekarang hantaran semua mahal"
ok jadi kesimpulan perempuan dok goyang kaki tunggu orang datang meminang adalah betul. even sekarang pon kalau orang datang meminang pompuan dok goyang kaki. takkan ko nak menggatal dok sebelah bapak ko dengar dorang diskuss, ko mesti dok dalam bilik dup dap dup dap berdebar tengah teka apa yang dorang bincangkan kan kan..so part yang tak betulnya adalah perempuan dok goyang kaki dapat duit hantaran, takyah fikir pasal nak kumpul duit. kalau bakal suami adalah datok tan sri atau jenisannya tiap2 hujung bulan tak pernah fikir duit gaji dah masuk ke belum, boleh lah korang goyang kaki sambil senyum tumpul nak terima duit hantaran yang berkati2 beratnya tu, tapi kalau bakal suami adalah orang yang biasa2 sahaja, bila hujung bulan tiba2 mulut muncung2 macam baca serapah, jari dok gerak2 kira hari nak gaji, tak ada maknanya korang nak senang2 dok goyang kaki tanpa perlu fikir pasal duit nak kawen.
kalau ikot tradisi keluarga aku, duit hantaran adalah untuk duit belanja kenduri. maknanya duit tu hangus. so sape bole jawab mana duit nak bayar mak andam, duit baju, pelamin, photographer semua tu. lagi la sekarang zaman dah maju, kawen pon macam2 benda pelik dah ada. dengan candy buffet, pre-wed, post wed, photoboooth, guessbook, deco sana deco sini..kalau mintak kat bakal suami kompem2 jawapan dorang " kan dah bagi duit hantaran, mana ada duit lagi?" so sapa yang nak kena bayar tu semua??? ada certain orang cakap buat yang wajib aje, yang merapu tak payah buat. ye, memang boleh tapi boleh tak lepas tu korang tutup mulut2 orang sekeliling yang komen or komplain macam2. adat orang melayu kan. lagipon kalau tanya semua wanita, kami ada impian kawen masing2, so kalau tak dapat 100% macam yang ktorang impikan, dapat 20% pon jadilah.. bagi mereka yang tradisinya duit belanja kenduri adalah tangungjawab mak ayah, jadi anda adalah sangat beruntung. sebab duit hantaran dah boleh cover semua tuh.
jadi setiap bulan pon aku adalah sangat strict pasal duit aku. sebab aku nak bayar benda alah tu semua. lagipon sekarang benda2 tu adalah sangat mahal. perempuan pon kalau tak ada 10k jangan mimpi nak kawen. macam aku yang memang tak ada 10k tu memang sangat terasa keperitan simpan duit. ko nak kawen sebab nak hidup berdua, duduk atas pelamin pon berdua, makan beradap pon berdua, atas katil pon berdua, amek gambar pon berdua, tapi bila part bayar kenapa jarang2 aje berdua. dalam kes aku, nasib baik aku n tukang kebun simpan duit sama2, ada tabung sama2 so duit tu aku cover bayar semua. tapi ada sesetengah orang dia kena bayar sendiri.
yang SAKIT HATI SANGAT kenapa korang*kaum lelaki* boleh keluarkan statement
"jadi perempuan nak kawen senang, duduk rumah tunggu orang datang meminang. tau2 dapat duit hantaran. lelaki susah nak kawen sebab nak kena kumpul duit hantaran. sekarang hantaran semua mahal"
bila mintak hantaran mahal boleh plak tawar menawar, pastu dok canang lebai dollah letak hantaran macam nak jual anak. haih, fikir2 kan lah ye!
2 comments:
good post song!!!
papepun ak doakn kenduri ko bjalan lancor and sume persiapan setel dgn mudahnye.
and,klu dh kawen if hidup sume jgn beli terus byk perabot kt courts mammoth haha nnt hutang lg byk.(sbb ex-rumet ak skrg menanggung hutang yg byk even br bpe bln kawen sbb sume jenis perabot nk beli)
terpulangla org nk ckp ape yg penting ni hidup korg bdua, bkn org lain k.
ala op baru ingat nak pegi ikea beli perabot 2 lori..hnssss hnssss terpaksa mintak adiah kawen dari korang je..nak sofa, nak meja makan, nak katil, nak tilam *woot woottt*,
nak dapur, nak peti ais, nak mesin basuh.
Post a Comment