ko gila sampai seribu untuk mekap je...jual bulu ketiak bapak aku yg keler gold tu pon belum tentu mampu nak bayar....tp jangan memandang enteng orang2 malaysia yang kaya raya *exclude aku la sebab aku tak kaya duit* tapi MUA a.k.a make-up artis kat malaysia ni memang ramai orang cari dan biasanya hampir semua tarikh adalah sold out-fully booked. gila kan!! mekap je seribu, itu untuk sekali mekap. ko bayangkan kalau ko nak kawen, nikah and sanding, maknanya ko kena bayar rm2k untuk mekap sahaja..phewwwww kalau aku mesti terketar2 je nak hulur duit bayar. ada a few MUA yang sangat femes charge lebih daripada 1k perevent. belum masuk transportation charges. kalau kawen kat kuantan ko kira la sendiri berapa ko kena bayar 90sen/km
tapi mereka sebegini hasilnya adalah sangat superb..orang takkan cakap eh muka ko macam jue aziz la tapi dorang akan cakap "cantiknya ko, macam bidadari" haaaaaa paham tak?paham tak?paham tak? maknanya make up dorang natural sahaja tanpa mengubah muka korang jadi muka orang lain tapi hasilnya adalah sangat superb dan rasa sayang nak tanggalkan make up..muka akan nampak flawless gila, time ni memang rasa kulit adalah sangat cantik sebab licin dan bersinar2, tetiba mata jadi seksi mulut nampak mungil...huuuuuuu~~~~~~
ada sesetengah orang *tapi aku rasa ramai je, lebih dari setengah* sanggup bayar mahal2 sebab nak pastikan penampilan dorang hari tu tak ade cacat cela dah sentiasa nampak santek dalam album/gambar. memang tak dinafikan lah, bayar make-up memang worth sebab dalam gambar ko akan nampak cantik sangat, macam bidadari.pastu album tu ko simpan sampai dapat anak cucu cicit dan still anak cucu cicit akan puji cantinya mak nenek moyang dorang masa hari kawen...
so modalnya adalah tepuk poket tanya akal. kalau mampu, silakan..kalau tak mampu macam aku, sila telan air liur ajelah..tapi tak semestinya yang murah itu tak cantik.cantik jugak tapi kena selalu survey tanya situ sini...biasanya yang mahal2 tu dorang dah biasa makeup kan retis or MUA dari stesen tv macam tv3 ke astro ke so nama dorang dah up dan testimoni dorang dari retis2 so kompem2 jenama dah mahal kat situ kan.so carilah MUA yang baru nak naik dan tak pernah makeup kan artis, so dapatlah yang murah dan berbaloi2..
tapi janganlah korang anggap murah tu adalah semurah serat-2 rat ye kawan2. mekap kawen ni adalah sangat cerewet dan lama. biasanya dorang amek masa 1-2 jam untuk mekap. so biasanya range mekap biasa adalah 300-700. kalau lebih tu maknanya dorang adalah mekap retis la tu. tapi aku still tak mampu so guna aje lah mekap yang mak andam conteng kat muka aku nanti. hahahahhaha
saje je tepek sebab terkenang saat muka aku kena conteng sejam setengah..bagai nak pecah pinggang aku duduk tercongok...hehehhe....*mood gatai nak kawen*
No comments:
Post a Comment