Tuesday, January 17, 2012

perihal kawen

sekarang sangat terlalu telebih2 keliru dan risau. ini adalah perihal kawen. aku tau perihal kawen adalah bukan pasal perihal kita aje tapi adalah perihal mak ayah keluarga dan jiran2 juga. so macamana nak puaskan hati mereka2 ini padahal kita dah ada perancangan sendiri. ditambah dan didarab berganda2 dengan hasutan tukang kebun buat kepala aku dah nak pecah....


semua orang pon tau sampai nana pon dah sound kat tumblr aku dah penuh dengan wedding2 stuff bagai2. so of cos la aku dah ada agenda and perancangan sendiri untuk majlis aku nanti. dan yang pastinnya aku tak nak majlis aku nanti jadi tipikal majlis kawen yang di andam oleh mak andam. kalau boleh aku nak lain daripada yang lain. tapi macam mana nak yakinkan famili aku yang aku boleh buat buat semua yang aku dah rancangkan. since kebanyakan idea aku kena DIY maknanya kena buat sendiri. mak aku risau sebab aku dok jauh, jarang balik, takut tak sempat and takde sape nak tolong. since akak aku dah kawen and ada anak, so aku taknak pisang berbuah berkali2,mereka2 dah ada komitmen lain so anggukkan kepala tanda faham sahajalah (ada sedikit kecil hati disitu)


so ceritanya adalah aku suruh kakak aku surveykan pelamin sahaja sebab pelamin ni kalau buat sendiri makan masa and tenaga. so aku ade berkenan satu pelamin ni aku suruh kakak aku surveykan. so lepas survey makuyaih hai hai hai mahai gila. so tak jadi nak amik pelamin tu sebab waaaaayyyyyyyyyyyyyy out of budget. lepas tu kakak aku and mak aku survey kat butik lain, ada 1 butik ni dia cakap bole buat sama tapi tak serupa and die charge 3/5 dari harga asal pelamin yang aku suka sangat tu. aku agak berkira2 jugak sebab still mahal bagi aku yang bajet ciput.....dan....jeng jeng jeng.............


mak aku pon keluarkan ayat, ana amek pakej aje la ngan butik die. mak suke pelamin dengan baju dia.cantik....uwaaaa........aku cakap la aku cuma nak pelamin je sebab yang lain semua aku nak buat sendiri..mak aku risau terlebih and cakap nanti jangan sampai masa aku still kelam kabut buat semua benda tu sorang diri. pakej tu ok je la kot, nak kata aku suka sangat tak adalah. ok ok je. tipikal butik pengantin melayu. tapi biasalah taste orang lama memang begitu, mak aku dah terlebih suka and tak habis2 suruh aku booked pakej tu. tapi aku 50-50. aku still nak majlis yang aku dah plan awal2 tapi famili aku risau perihal masa and tenaga kerja. and akak aku pergi survey butik pengantin lain kebanyakan dah fully booked untuk tarikh aku..uawaaaaa lagi!  so sekarang adalah sangat keliru.



orang cakap jangan melawan cakap mak nanti kena tulah. tapi aku ada plan sendiri jugak. tukang kebun sokong 100% mak aku. sebab dia cakap kalau dah amek pakej dah takyah fikir pape dah. dok goyang kaki tunggu majlis je. kalau buat sendiri, sekarang dah kena start prepare macam2. tapi bukankah preparation tu adalah proses yang menggembirakan??? keliru2 sebab kalau nak booked butik tu aku kena bank in deposit hari ni jugak sebab nak cop tarikh..keliru keliru keliru...





ni pelamin yang mak aku suka..ok ok je la...tapi aku still heart pelamin yang aku sangat suka yang over budget tu....



yang ni pulak baju yang mak aku sangat3 berkenan. aku pon suka jugak tapi kalau buat sendiri pon berapa je kosnya and yang penting baju tu kau punya. kalau amek pakej ko kena pulangkan balik baju tu...oh tapi sebenarnya mata aku tertancap kat baju biru bekalang tu, lagi mabeles n ohsem. siap ada 3d flower. sebenarnya pakej dia sangat ok je sebab dengan harga yang begitu aku dapat:

3 persalinan baju (yang ni dia akan buat baru and ikot  ukuran badan aku)
2x mekap
bilik pengantin
meja beradab
pelamin

yang lain2 aku tak sure apa lagi yang ada dalam pakej tu. tapi bahan2 utama pakej tu macam tu la. not bad la harga dia. sebab bila aku dah buat kira2 belanja kalau aku DIY sendiri plus amek pelamin dengan butik kos dia adalah lebih kurang. aku might save a few hundreds je. tapi save energy n time la kalau amek pakej ni....bagaimana how how.....


2 comments:

rimieilya said...

nak senang,tempah je..ikut ckp mak..cantik pun cantik.hehe..

tu wedding planner kt area mana?spupu aku wedding planner gak..nak try search ke?

echong uchan said...

ape name wedding planner sepupu ko, bak cni nak stalk..hehehe