Wednesday, August 29, 2012

kedah with love



dah dapat album kawen kat kedah b4 raya hari tu. yeay..album santek. puas hati sebab gambar aku banyak. boleh ke? hahhaa...dah namanya aku ni raja berhari2 mestilah gambar aku yang banyak.poket aku jugak yang rabak. so overall majlis kat kedah ok-ok. tak penat sangat sebab geng rewang kat sini rajin2. sume kuali dorang dah basuhkan. tinggal sikit2 je yang ktorang kena ligan. majlis pon smooth aje. family dari kuantan semua happy, family kat kedah pon happy, pengantin lagi2 la happy... poket je tak berapa nak happy dah!






nah,sebagai kenang-kenangan.

ps: si aniq ni asyik nangis je.stress aku!

Tuesday, August 28, 2012

my first time

rayaing


1- 1st time raya bersama suami.ececece...feeling lain sikit. baju taknak lagi sedondon ke? hahhaha

2- 1st time raya tak nampak mak bapak sendiri. yang ada mak bapak mertua je. merana sungguh di malam raya dan di pagi raya. nasib baik sempat cover macho, so tak ada sebarang pertumpahan  berlaku. tapi diam tak diam meleleh jugak.

3- 1st time pagi raya tak dapat cium tangan mak ayah sendiri. terpaksa ganti dengan tangan mak bapak mertua. janji ada la labu~~~

4- 1st time beraya umah mertua. kan dah jadi menantu hantu sebab tak ada experience. balik kampung ko berlenggang kangkung je labu, mana tak hantunya ko ni. tak bawak balik sebarang kuih raya, kerepek raya, baju raya bagi kat umah mertua. dah tukangkebun buat tak reti, so aku lagi la tak reti.. 1st time la katakan. nasib baik kakak ipar ada bawak balik kueh. sedap gila. huh, selamat disitu.

4- 1st time beraya kat kedah. boleh ke aku cakap raya kedah boring? sebab fIL bukan orang kedah so tak adalah rumah sedara mara yang dekat. jadinya tak adalah aktiviti berjalan raya di rumah sedare. pakai cantik2, bawak balang kuih raya depan tv, angkut bantal busuk, lepakkkkkkkkkkkkkkkkkk tengok tv. sungguh berisi aktiviti hari raya dengan rancangan tv.

5- 1st time malam raya aku tak bz. kalau kat umah sendiri kompem2 bz sampai tak tido malam nak siapkan juadah raya. kat rumah FIL suma dah tersedia sehari sebelum raya. hari jumaat satey and tapai dah siap. pagi sabtu kuah kacang siap. petang tinggal rebus nasi impit. tu pon MIL buat, aku and tukang kebun pegi cinema tengok expendable 2.

6- 1st time aku rasa raya kali ni jalan tak jem sangat. balik kedah lepas keja ari jumaat jalan adalah sangat lenggang. jem sikit2 kat tapah n terowong. tapi tak teruk sangat. balik kuantan lagi tak jem, balik dari kuantan ke kl sangat2 tak jem. heaven betol. tak sempat nak karok lagu raya puas2 dah sampai rumah. huhehueuhe

7- 1st time raya ni beli kueh raya untuk rumah sendiri. walaupon duduk sorang2 feel raya kena ada biarpon langsir buruk, rumah najwa latip (kosong), kunyah kuih raya sorang2, raya tetap raya.




so








Thursday, August 9, 2012

rambling

1- sudah 20 hari berpuasa,tinggal 1/3 perjalanan lagi. tapi gamaknye aku ni nak kena ganti pose berminggu2 sebab bercuti awal bulan, tengah bulan, kang hujung bulan kompem bercuti lagi. fening aku pikir hormon yang tak stabil ni...

2- baju raya tak beli pon. langsung tak ada. kasut, cardigan and baju tu bukan baju raya, tu saje2 gedik nak beli. baju kurung yillek. recycle aje lah ape yang ade. huhuhu.... 

3- semangat nak raya menurun. tahun ni raya kat kedah. raya ke3 baru balik kuantan tapi forever alone. sadisnye hidup. sebab tu tak semangat kot carik baju raya. 

4- baru teringat baju kurung2 yang latest (tahun lepas n 2 tahun lepas punya ada kat kuantan). so tahun ni beraya dengan baju lama yang menjangkau 3-4 tahun umurnya..sedihnye.....sungguh tak bergaya di hari raya.

5- tahun ni jangan sape2 mintak duit raya, aku bagi penampor je nanti. jangan tanye kenape, paham2 je la sendiri.

6- langsung tak de persiapan raya kat rumah. macam itu lah jugak rupe rumahnye.kosong~~~kosong~~~~ cuma ada tambahan ayat al-Quran tu pon hadiah orang bagi...seronok kawen, dapat banyak hadiah. hahahaha...sape yang tak bagi hadiah lagi angkat tangan!

7- kenape tudung ni mahal2 ye. sampai 5-6 ploh. terkejut makcik. terpakse letak balik padahal dah cun2 try. sobss tapi gamaknya kena sambar jugak lah. kang meleleh air liur aku....

8- tiap2 hari pk nak makan ape bukak pose. sebab dah boring lauk ruji bulan pose. nasi putih+ayam goreng+sosej+telur+kicap. macam nak g tapau wong solo tapi malas nak harung jem balik rumah.

9- baru 2 kali pegi bazar. 1st time kat bazaar depan rumah, 2nd time kat bazaar seksyen 7 yang dirindui...

10- tak tahu nak rasa ape sekarang ni. hepi ke, sedih ke, kecewa ke, macam2 rasa ade.secukup rasa. deuhhh.....


dada~~~~