Wednesday, July 18, 2012
bukak pintu rumah ---> tarok beg atas kerusi ---> sangkot kunci dekat penyangkut ----> salin baju ---> on tv ---> pandang siling............ kosong....kosong............warghhh tak sampai seminggu pon dah macam ni. macam mana nak hadapi the next 178. tiap2 malam layan perasaan sendiri. tiap2 masa pandang phone dengan pandangan kosong...sobsss....dah seminggu masok training, tukang kebun xpernah call lagi. uwaaaa~~~~~
bulan pertama tak boleh melawat/keluar. bulan kedua boleh melawat je. bulan ketiga boleh outing je..sobsss..kena tunggu lagi sebulan baru boleh pegi melawat.tp melawat je la, tak boleh balik rumah. dulu sebelum kawen tak rasa pape. even rindu pon tapi tak sama macam perasaan dah kawen. inai ade lagi kat jari tapi dah kena tinggal. tau, tak baik mengungkit. ni kan rezeki, tapi sedih. sedih.sedih...sobssss....
cepatlah berlalu 178. saya mau kehidupan normal.
*nasib baik bendera jepun, kalau tak lagi haru!
Tuesday, July 17, 2012
kejadian nana kawen beramai2
tadi aku nak search nama nana, so type la kat search tu nana, keluarlah segala macam nana yang ade kat FB. part yang buat aku senyum sinis bila tgk result search nana, sume tarok profile picture dorang gambar kawen..hahahhaha...zaman nana kawen beramai2 la kot..... ahhahahahhaha... kebetulan yang kelakar~
rindu
sudah pindah rumah baru.yang lebih selamat mungkin. lebih selesa. tapi menyendiri? sedih. dulu masa tak dapat rumah selok cari rumah nak duduk berdua. bila dah dapat kena duduk sorang2 pula. sobsss...tapi tak ape lah.kan rezeki, tak baik merungut. tahan hati,tahan...6 bulan je.....
rindu.
rindu.
rindu.
tahun ni kena pose sorang2..berbuka sorang2 bersahur sorang2,....sabar song, sabar.....insyaAllah, kehidupan lebih baik lepas ni....
Thursday, June 21, 2012
saje je nak tepek
alhamdulillah, lepas bermacam2 masalah dan konflik finally dah jadi bini orang. lepas ni kena bersabar dengan setiap masalah dan dugaan yang akan datang. dah tak boleh nak emo. kena belajar macam mana nak kawal diri kalau dugaan datang menjengok. dah tak boleh jadi macam dulu, semua perangai buruk keluar masa tengah konflik. sekarang kena lebih bersabar sebab syurga tu kat bawah tapak kaki suami. kena slow2 adapt dengan tanggungjawab baru. walaupon sekarang tak rasa lagi perubahan tanggungjawab tu sebab dok asing2. rumah belum dapat lagi. kadang2 malu bila kena jawab dok asing2 bila orang tanya dok kat mane. tak tahu nak sedih ke hepi sebab dok asing2 pon seronok, sebab tak rasa ada tanggungjawab sangat + sentiasa ada masa untuk diri sendiri. hahhaha.......
jutaan terima kasih dekat dayang2 ku intan sebab sanggup stay-up sampai pukul 4 pagi semata2 nak siapkan doorgift. lepas 3 kenduri, doorgift aku kali ni yang paling tak membazir sebab yang lebih pon ada around 20+ je berbanding zaman akak aku sampai serat lebih membazir. bukan sebab tak ramai datang tapi sebab tak cukup tangan nak menanggah. so korang2, jasa baik korang aku semat dalam2...tq sangat2.. hahahha..kalau ada barang2 aku yang korang nak pinjam, cakap je...hehehe.....
Monday, June 18, 2012
edisi nana the next bride...hahahhaa
op ngan tumi adalah calon terdekat sambut bunga tapi telah di pintas oleh nana. kekeke.....lean sentiasa dengan muka semangat di setiap acara. apai eksen je lebey, dah tak yah nak sambut bunga, sambut baby je nanti...kekeke so sila la set masa nana..ktorang nak sambut bunga ko plak..hahahaha
~love~
Sunday, June 17, 2012
mukadimah dulu...gambar lari2 anak ayam
di garisan
sedia....
mula.........................
dan pemenangnye
of course la si pemegang payung...har har har
sori la gambar tanpa sebarang editan. raw dari syahmi...den memang pemalas..hahhahahahha
Subscribe to:
Posts (Atom)





